Utusan Borneo (Sarawak)

Elak perpecahan sebelum, selepas PRU: Jamil Khir

-

YAN: Masyarakat Islam di negara ini perlu mengambil iktibar daripada pilihan raya umum (PRU) terdahulu untuk memastikan tiada perpecahan berlaku sama ada sebelum atau selepas berakhirny­a PRU14 nanti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata masyarakat Melayu dan Islam akan rugi besar sekiranya mereka terus berpecah walaupun selepas berakhirny­a pilihan raya umum.

“Memasuki ‘mood’ PRU boleh menyebabka­n timbulnya perpecahan dalam masyarakat, apatah lagi jika tiada pencerahan yang lebih jelas tentang perkara yang ditimbulka­n dalam masyarakat.

“...betapa ruginya apabila setiap kali lepas PRU, kita berpecah dan akhirnya perpecahan itu hanya melibatkan kelompok dan kalangan masyarakat Melayu dan Islam...yang rugi adalah masyarakat, negeri dan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Program Sepakat Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri Kedah di Pantai Murni Waterfront di sini, semalam..

Dalam pada itu, Jamil Khir yang juga Ahli Parlimen Jerai berharap agar calon-calon yang bakal bertanding pada PRU14 supaya bertanding dengan lebih bersih dan matang.

“...biar kita bertanding dengan lebih bersih, bersemanga­t dan matang...hindarkan fitnah yang membawa kepada perpecahan kerana soal fitnah dan perpecahan ini akan membawa kepada permusuhan dalam masyarakat itu sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Jamil Khir turut memuji penganjura­n Program Sepakat Komuniti 1Malaysia, yang menghimpun­kan lebih 1,000 peserta daripada 117 Komuniti 1Malaysia di seluruh negeri.

“Program seperti ini dapat mendekati masyarakat untuk memberi penjelasan dan maklumat berkaitan perkembang­an negara dan kerajaan. Malah, ia perlu sentiasa berterusan bagi menolak maklumat palsu dan fitnah,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MERIAH: Para pengunjung terdiri daripada peminat motosikal memenuhi pekarangan dewan ketika titah ucapan perasmian Sultan Ibrahim pada Majlis Perasmian ‘Malaysia Bike Week 2018’ di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) semalam.
— Gambar Bernama MERIAH: Para pengunjung terdiri daripada peminat motosikal memenuhi pekarangan dewan ketika titah ucapan perasmian Sultan Ibrahim pada Majlis Perasmian ‘Malaysia Bike Week 2018’ di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? JIMAT: Johari merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu melawat gerai jualan pada pelancaran Jimat Belanja Dapur di Medan Gerai Buah-Buahan Segar Kepala Batas semalam.
— Gambar Bernama JIMAT: Johari merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu melawat gerai jualan pada pelancaran Jimat Belanja Dapur di Medan Gerai Buah-Buahan Segar Kepala Batas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia