Utusan Borneo (Sarawak)

PRU14: Sultan Johor ingatkan parti politik tidak sentuh isu sensitif Tanggungja­wab semua pihak pastikan kepentinga­n rakyat diutamakan

-

SERDANG: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar semalam menitahkan parti politik agar tidak menyentuh isu-isu sensitif atau menimbulka­n perbalahan antara kaum dan agama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Baginda bertitah semua pihak mesti bertangung­jawab untuk memastikan kepentinga­n rakyat sentiasa diutamakan dan kesejahter­aan negara terus dikekalkan.

“Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, sudah pasti semua rakyat akan mendapat susah dan seterusnya negara akan musnah,” titah Baginda semasa berangkat merasmikan Jambori Minggu Permotoran Malaysia (MBW) 2018 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini semalam.

Sultan Ibrahim dalam titahnya turut mengingatk­an rakyat Malaysia supaya sentiasa bersatu padu dan tidak berpecah belah hanya kerana perbezaan pendapat atau berbeza fahaman politik sebaliknya lebih memberi fokus kepada titik persamaan.

Baginda bertitah pihak yang sering membawa masalah adalah golongan yang menggunaka­n isu perbezaan kaum dan agama untuk menghasut rakyat membenci antara satu sama lain.

“Dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama, sikap hormat menghormat­i serta bertolak ansur antara satu sama lain wajib diamalkan oleh semua,” titah Baginda.

Titah Sultan Ibrahim, Baginda memperkena­lkan semula gelaran ‘Bangsa Johor’ adalah sebagai asas penyatuan kepada rakyat yang lahir atau tinggal di negeri itu bagi mewujudkan persamaan supaya mereka berasa selesa serta dapat berkongsi hidup dengan aman dan damai.

“Orang negeri lain ada persamaan yang menyatukan mereka, namun apabila bercakap pada peringkat nasional, kita semua tetap bersatu bawah satu negara yang sama sebagai rakyat Malaysia,” titah baginda. — Bernama

Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, sudah pasti semua rakyat akan mendapat susah dan seterusnya negara akan musnah. Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar Sultan Johor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia