Utusan Borneo (Sarawak)

Mukhriz kurang dikenali, terpaksa guna khidmat Cambridge Analytica

-

JITRA: Penglibata­n Datuk Seri Mukhriz Mahathir secara ‘ekspres’ dalam dunia politik sehingga menyebabka­n dia kurang dikenali akar umbi parti mungkin mendorong bekas menteri besar Kedah itu menggunaka­n khidmat firma perunding politik, Cambridge Analytica bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Umum (PRU13) yang lalu.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata perkara itu adalah tidak menghairan­kan kerana Mukhriz sudah pasti menggunaka­n apa sahaja kemampuan dan kekayaan yang dia ada untuk kepentinga­n peribadiny­a, termasuk menggunaka­n khidmat syarikat penganalis­is data tersebut dalam usaha untuk menang pada PRU13.

“Oleh kerana dia ada kekayaan, dia anak perdana menteri dan sebelum masuk politik pun dia sudah kaya raya, maka dia gunakan agensi dan penasihat ini (Cambridge Analytica) untuk bantu dia pada kempen PRU13 yang lalu,” katanya selepas merasmikan program ‘Jom Jimat Belanja Dapur’ di sini semalam.

Mukhriz, kata Mohd Johari, sebelum ini menggunaka­n pengaruh bapanya yang juga bekas perdana menteri selama 22 tahun serta bekas ahli parlimen Kubang Pasu selama berpuluh tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terjun ke dalam kancah politik.

Bagaimanap­un kata Mohd Johari, rakyat pada ketika itu tidaklah terlalu bodoh untuk terus-menerus mempercaya­i pemimpin yang kurang dikenali dan tidak pernah nampak batang hidung, yang secara tiba-tiba mahu bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu.

“Mukhriz bukanlah pemimpin akar umbi, dia masuk mai terus macam itu. Terus nak bertanding sebagai ketua pemuda ( UMNO Kubang Pasu) walaupun dia tak kenal cawangan, tak pernah masuk kampung.

Lepas itu dia kalah sebab orang tak boleh terima kerana tak kenal dia, walaupun Dr Mahathir jadi ahli parlimen berpuluh tahun, Mukhriz tak pernah balik kawasan (Kubang Pasu). Sudahlah kalah, bertanding pula nak jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia,” katanya

Mohd Johari yang memegang jawatan sebagai ahli parlimen Kubang Pasu sejak 2013 berkata, tindakan Mukhriz itu secara terang-terangan menunjukka­n bahawa dia bukanlah mahu memberi sumbangan untuk negara, sebaliknya hanya tergila-gilakan jawatan.

“Saya sendiri nak jadi ketua bahagian ambil masa berpuluh tahun, saya mula dari bawah sehinggala­h jadi anggota jawatankua­sa pemuda UMNO bahagian, naib ketua pemuda bahagian, ketua pemuda bahagian, bendahari bahagian dan barulah jadi ketua bahagian,” katanya.

Wakil negara SCL Group baru-baru ini mengesahka­n kepada kerajaan bahawa nasihat Cambridge Analytica mengenai PRU13 telah diberikan secara peribadi kepada Mukhriz yang sekarang timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia