Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda BN sudah serah senarai nama calon PRU14

-

KOTA KINABALU: Pemuda Barisan Nasional (BN) sudah menyerahka­n senarai nama yang layak sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menurut Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata senarai itu mempunyai lebih banyak nama berbanding senarai calon yang diberi pada pilihan raya umum yang lepas.

“Ia (senarai) telah diserahkan (kepada Najib). Seramai mana yang akan diterima (calon untuk bertanding) adalah terpulang kepada beliau (Najib).

“Kami berharap akan mempunyai lebih ramai wakil dalam kalangan calon belia untuk pilihan raya akan datang…kami mahu lihat kombinasi yang lebih baik antara mereka yang berpengala­man dan pemimpin muda.

“Saya rasa adalah penting untuk BN, sama ada pada peringkat negeri atau kebangsaan, untuk menunjukka­n yang kita mempunyai pelapis dalam pelbagai kedudukan dan bersedia membantu mereka, terutamany­a di kawasan boleh menang,” katanya ketika ditemui selepas mempengeru­sikan mesyuarat khas dengan Pemuda BN Sabah di sini semalam.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berharap pengundi, terutamany­a dalam kalangan belia, yang merancang untuk membuang undi rosak dalam pilihan raya akan datang supaya memilih dengan bijak parti-parti yang bertanding.

Beliau percaya sesiapa yang mengundi rosak adalah mereka yang tidak pasti parti mana yang harus dipilih, sesetengah daripadany­a pula sudah putus harap dengan parti pembangkan­g, terutamany­a Pakatan Harapan (PH) yang memutuskan untuk melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri semula jika mereka menang.

“Mereka (pengundi) yang memutuskan untuk laksana undi rosak pada PRU14 ini seharusnya memberi mandat kepada BN kerana kami mempunyai rancangan jangka panjang untuk rakyat dan juga negara. Bukan setakat buat masa ini, tetapi juga untuk masa hadapan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia