Utusan Borneo (Sarawak)

Perlawanan persahabat­an menentang Belanda berakhir dengan kemenangan 1-0

-

AMSTERDAM:JesseLinga­rd menjaringk­an gol pertamanya untuk England apabila pasukan yang dibentuk semula menewaskan­Belanda1-0dalam perlawanan persahabat­an di Amsterdam kelmarin.

Ini adalah perlawanan terakhir England di tempat lawan sebelum mereka bertandang ke Rusia untuk kejohanan bola sepak akhir Piala Dunia pada tahun ini di Rusia dan mereka dihadiahka­n dengan kemenangan sewajarnya ke atas pasukan Belanda yang merupakan antara negara besar yang tidak akan bermain di kejohanan tersebut.

Keputusan itu memberi kemenangan pertama kepada England ke atas Belanda sejak pengurus Gareth Southgate menjadi anggota pasukan yang menang 4-1 di Wembley sewaktu Euro 96.

Ia turut memberikan kekalahan kepada legenda Belanda, Ronald Koeman, dalam perlawanan pertamanya selaku pengurus pasukan ‘The Oranje’.

Beberapa pemain England menguatkan lagi status mereka untuk dipilih bagi Piala Dunia, dengan hanya perlawanan persahabat­an pada minggu depan di negara sendiri menentang Itali menunggu sebelum Southgate memilih skuadnya.

“Ia adalah ujian yang baik bagi kami, kami bermain di tempat lawan dan mengawal permainan,” kata Southgate kepada ITV Sport.

Mengenai Lingard, dia menambah: “Saya gembira untuk Jesse, dia seorang pemain yang sudah bekerja dengan kami selama tiga atau empat tahun dari pasukan Bawah 21 dan pada tahun

Ia adalah ujian yang baik bagi kami. Kami bermain di tempat lawan dan mengawal permainan. Gareth Southgate Jurulatih kebangsaan England

ini dia mula menyudahka­n peluang.”

Sejurus selepas England dinafikan tendangan penalti yang kelihatan j e l a s , L i n - g a r d , pemain t e n g a h M a n - chester United MENYINAR: Lingard meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan tersebut. ( MU), menjaringk­an gol tunggal perlawanan pada minit ke-59. Kebanyakan aksi berlaku di depan gawang pasukan lawan, England menguasai permainan dengan kemas tetapi kebanyakan gerakan mereka gagal berakhir dengan bola yang bermakna, tetapi kapten Jordan Henderson menanduk bola yang tersasar, manakala Raheem Sterling dipatahkan oleh penjaga gol yang keluar dari garisan gol Jeroen Zoet. Pada separuh masa kedua, England berpendapa­t mereka sepatutnya diberikan tendangan penalti apabila penyerang MU Marcus Rashford terjatuh dalam kotak penalti ketika diasak oleh De Ligt dan Zoet. Namun rakannya di Old Trafford juga yang akhirnya memecah kebuntuan sejurus sebelum minit ke-60 apabila Lingard menjaringk­an gol dengan tendangan kali pertama yang dapat disentuh oleh Zoet tetapi tidak dapat dihalangny­a, selepas bola hantaran lintang Danny Rose terkenal pemain lain.

Beberapa pertukaran yang dibuat oleh kedua-dua pengurus mengurangk­an kelancaran permainan, dan Memphis Depay menyaksika­n tendangan percumanya diselamatk­an dengan selesa oleh Pickford manakala rembatan Kieran Trippier disekat di gawang lawan.

Jauh dari padang berlaku beberapa insiden yang membimbang­kan, dan kira-kira 90 penyokong England ditangkap oleh polis Amsterdam sebelum perlawanan.

Video yang dipaparkan dalam talian menunjukka­n penyokong England memenuhi jambatan dan lebuh sempit di kota terusan itu. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar Reuters ?? AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan persahabat­an di antara Belanda dan England di Amsterdam.
— Gambar AFP — Gambar Reuters AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan persahabat­an di antara Belanda dan England di Amsterdam.
 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? MANTAP: Ronaldo meraikan jaringanny­a pada perlawanan persahabat­an di antara Portugal dan Mesir di Zurich.
— Gambar Reuters MANTAP: Ronaldo meraikan jaringanny­a pada perlawanan persahabat­an di antara Portugal dan Mesir di Zurich.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia