Utusan Borneo (Sarawak)

Dua jaringan Ronaldo beri Portugal kemenangan 2-1

-

ZURICH: Cristiano Ronaldo menjaringk­an dua gol dalam masa tambahan apabila juara Eropah Portugal menewaskan Mesir 2-1 dalam perlawanan persahabat­an antarabang­sa kelmarin, sekali gus memenangi pertarunga­n peribadi dengan Mohamed Salah yang telah meletakkan juara Afrika sebanyak tujuh kali itu di depan.

Ronaldo, yang bermain dalam perlawanan karier ke-900, menonjolka­n kehebatann­ya pada hujung perlawanan.

Mula- mula dia menyamakan kedudukan untuk pasukannya dengan satu tandukan daripada bola hantaran lintang Ricardo Quaresma, sebelum menambah gol kemenangan dalam keadaan hampir sama pada minit keempat masa kecederaan.

Bagaimanap­un bintang Real Madrid berusia 33 tahun itu terpaksa menunggu sistem VAR (Video Pembantu Pengadil) untuk mengesahka­n jaringanny­a selepas dia disyaki ofsaid. Dua jaringanny­a menjadikan jumlah golnya untuk Portugal sebanyak 81.

Terdahulu salah, yang menyinar di Liverpool pada musim ini dengan 28 gol dalam Liga Perdana Inggeris, me- mecah kebuntuan di Zurich selepas 56 minit.

Selepas satu gerakan pantas, Abdallah El Said menemui Salah dalam ruang untuk rakan sepasukann­ya menewaskan Beto yang menjaga gol Portugal dengan rembatan kaki kiri yang cantik dari tepi kawasan penalti.

“Pada minit akhir kami bermain dengan lebih baik, mencipta empat peluang dan menunjukka­n keazaman yang tinggi untuk mengubah perlawanan. Mereka menunjukka­n mereka tidak mahu kalah,” kata jurulatih Portugal Fernando Santos.

“Dan dengan Ronaldo, ia adalah mengenai satu gol dan satu lagi gol.”

Salah digantikan pada hujung perlawanan oleh Shikabala dan Portugal merasai peluang untuk merampas mata.

Mesir, yang kembali ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 1990, akan bermain dalam Kumpulan A di kejohanan akhir pada musim panas ini bersama pasukan tuan rumah Rusia, Uruguay dan Arab Saudi.

Portugal berada dalam Kumpulan B dan akan menentang Sepanyol, Maghribi dan Iran. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia