Utusan Borneo (Sarawak)

Argentina menyerlah walau tiada Messi

-

MANCHESTER: Ever Banega memastikan Argentina tidak tergelinci­r tanpa Lionel Messi apabila pencabar Piala Dunia itu mencatatka­n kemenangan 2-0 ke atas Itali dalam perlawanan persahabat­an kelmarin di Stadium Etihad.

Messi dilaporkan mengalami ketegangan pada pangkal paha dalam latihan Khamis lepas, dan penyerang Barcelona itu tidak digunakan sebagai pemain simpanan apabila Argentina memulakan persiapan mereka untuk Piala Dunia pada Jun.

Menjelang penghujung musim domestik yang sibuk dan kemudian Piala Dunia, Messi, pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, enggan mengambil risiko dan memburukka­n lagi kecederaan­nya.

Tanpa bintang tonggak mereka, pasukan Jorge Sampaoli menunjukka­n mereka Banega meraikan jaringan kedua bersama rakan sepasukan Lanzini pada perlawanan tersebut. memiliki kekuatan mendalam dengan permainan mantap yang dilengkapi gol lewat oleh Banega dan Manuel Lanzini. Selepas mereka mara ke Piala Dunia hasil hatrik Messi dalam kemenangan 3-1 ke atas Ecuador pada Oktober lalu, Argentina mahu mencapai kemuncak prestasi di Rusia, di mana mereka akan menentang Croatia, Iceland dan Nigeria pada peringkat kumpulan. Mereka jelas memerlukan Messi untuk berpeluang menjulang piala, tetapi, dengan Sergio Aguero yang juga tidak dapat bermain akibat kecederaan, Sampaoli pasti digalakkan oleh prestasi anak didiknya. “Kami bermain seakanakan ini adalah perlawanan akhir,” kata Sampaoli, yang tidak ada khidmat Angel Di Maria untuk perlawanan persahabat­an pada minggu depan menentang Sepanyol selepas dia mengalami kecederaan paha.

Itali masih dalam kemelut setelah mereka gagal untuk layak ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 1958.

Ia ternyata malam yang emosional bagi pasukan ‘Azzurri’ apabila mereka bermain buat pertama kali sejak pemain pertahanan mereka Davide Astori meninggal dunia dipercayai akibat serangan sakit jantung pada awal bulan ini.

“Kami menderita kerana mereka menguasai bola dan hilang sedikit rentak,” kata pengurus Itali Luigi Di Biagio.

“Kita mesti sedar bahawa sekarang adalah waktu yang sukar untuk pasukan. Kita meminta semua orang bersabar.”

Di Biagio menjadi pengurus Itali buat sementara waktu dan tindakan pertamanya adalah untuk memujuk penjaga gol Juventus Gianluigi Buffon agar menamatkan persaraan antarabang­sa yang singkat.

Selepas permulaan yang hambar, Itali memperbaik­i permainan pada babak kedua dan sepatutnya berada di hadapan apabila hantaran buruk Leandro Paredes ke belakang dipintas oleh Ciro Immobile.

Namun, pada minit ke-75, Argentina menghukum anak buah Di Biagio yang kurang tajam.

Satu gerakan lancar sampai ke tepi kawasan penalti Itali, di mana Banega, pemain tengah Sevilla, meledak rembatan rendah melepasi Buffon yang menggembir­akan Messi yang menonton perlawanan.

Lanzini dari kelab West Ham melengkapk­an kemenangan dengan satu cubaan cantik dari jarak 18 ela pada minit ke-85. — AFP

 ?? — Gambar Reuters — Gambar Reuters ?? TERBAIK: SENGIT: Antara babak aksi perlawanan persahabat­an di antara Itali dan Argentina yang berlangsun­g di Stadium Etihad, London.
— Gambar Reuters — Gambar Reuters TERBAIK: SENGIT: Antara babak aksi perlawanan persahabat­an di antara Itali dan Argentina yang berlangsun­g di Stadium Etihad, London.
 ?? — Gambar Reuters ?? CUBAAN KE SASARAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan persahabat­an di antara Jerman dan Sepanyol di Dusseldorf, Jerman.
— Gambar Reuters CUBAAN KE SASARAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan persahabat­an di antara Jerman dan Sepanyol di Dusseldorf, Jerman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia