Utusan Borneo (Sarawak)

Jerman seri 1-1 dengan Sepanyol

-

DUSSELDORF: Gol penyamaan cantik Thomas Mueller menyaksika­n juara dunia Jerman bangkit dalam perlawanan menentang Sepanyol apabila dua kuasa bola sepak Eropah itu seri 1-1 dalam perlawanan persahabat­an berprofil tinggi kelmarin.

Selepas Rodrigo Moreno meletakkan Sepanyol di hadapan selepas hanya enam minit sahaja, Jerman menyamakan kedudukan sebelum waktu rehat apabila Mueller menjaringk­an golnya yang ke-38 untuk pasukan kebangsaan pada penampilan antarabang­sanya yang ke-90.

“Saya telah mencubanya dua atau tiga kali ketika memanaskan badan dan ia adalah bagus apabila kita dapat melakukann­ya dalam perlawanan,” kata Mueller kepada badan penyiaran ARD.

“Kedua- dua pasukan mempunyai peluang mereka dan ia sebenarnya dengan mudah dapat berakhir 2-2 atau 3-3 – ia adalah ujian yang baik untuk kedua-dua pasukan.”

Keputusan seri di hadapan 50,653 penonton itu memelihara rekod tanpa kalah kedua- dua pasukan sejak Euro 2016.

Sepanyol, yang menerima kunjungan Argentina pada Selasa ini di Madrid, kini sudah bermain dalam 17 perlawanan tanpa kalah manakala Jerman sudah bermain 22 kali tanpa kekalahan dan mereka kini bersiap sedia untuk menentang Brazil di Berlin, juga Selasa ini.

Jurulatih Sepanyol Julen Lopetegui memasukkan tiga veteran yang memenangi Piala Dunia 2010 iaitu Gerard Pique, Sergio Ramos dan Andres Iniesta.

Pada usia 33 tahun, Iniesta menunjukka­n kehebatann­ya kepada barisan tengah Jerman dalam masa 45 minit pertama, dengan mudah menggerakk­an bola dengan hantaran yang lancar di bahagian tengah serangan Sepanyol.

Pengurus Jerman Joachim Loew memulakan perlawanan dengan enam pemenang Piala Dunia 2014 iaitu Mats Hummels, Jerome Boateng, Sami Khedira, Toni Kroos, Mueller dan Mesut Ozil.

Hummels bertanggun­gjawab menyebabka­n gol pembukaan apabila dia meninggalk­an terlalu banyak ruang untuk Iniesta menolak bola ke belakang pertahanan Jerman.

Moreno merampas peluang untuk menewaskan penjaga gol Jerman Marc-Andre Ter Stegen pada minit keenam.

Kedudukan sepatutnya 20 bagi Sepanyol pada minit ke-18 apabila hantaran Isco kepada David Silva terlalu berat sedikit dan Ter Stegen ada masa yang mencukupi untuk mematahkan serangan.

Ia memerlukan kemahiran yang tinggi untuk Jerman menyamakan kedudukan pada minit ke-35.

Mueller ternampak penjaga gol Sepanyol David de Gea keluar dari garisan gol dan meledakkan rembatan cantik yang mencecah sudut kiri atas gawang dari jarak 20 ela.

Kedua-dua pasukan memperoleh­i peluang lewat untuk mencuri kemenangan, tetapi beberapa pertukaran yang dibuat oleh kedua-dua jurulatih bermakna tempo perlawanan menurun dalam tempoh 15 minit terakhir. — AFP

 ??  ?? MUELLER
MUELLER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia