Utusan Borneo (Sarawak)

Colombia sentak Perancis minit akhir

-

PARIS: Pemain gantian Juan Quintero merembat masuk tendangan penalti lima minit sebelum tamat ketika Colombia bangkit selepas ketinggala­n 2-0 untuk mengejutka­n Perancis 3-2 kelmarin.

Pemain pertahanan tengah Barcelona Samuel Umtiti dihukum kerana menerjah seorang lagi pemain gantian Jose Izquierdo ketika pasukan Amerika Selatan itu menerima suntikan semangat menjelang Piala Dunia di Rusia.

“Pasukan saya menunjukka­n jati diri Piala Dunia,” kata jurulatih Colombia Jose Pekerman, yang akan menyaksika­n pasukannya menentang Poland, Senegal dan Jepun dalam Kumpulan H.

“Ia sangat penting untuk persiapan bagi Rusia ini.”

Jurulatih Perancis Didier Deschamps mengakui pasukan pelawat menunjukka­n keinginan yang lebih tinggi.

“Pasukan Colombia memberi pengajaran kepada kami tentang keagresifa­n, sedangkan kami terlalu cepat untuk menerima apa yang kami miliki,” katanya kepada televisyen TMC.

“Peringkat tertinggi amat mencabar dan kami tidak bertindak pada babak kedua.”

Perancis akan menentang Australia, Peru dan Denmark dalam Kumpulan C di Rusia.

Ia adalah kebangkita­n yang menakjubka­n selepas pasukan tuan rumah bermula dengan cemerlang di Stade de France.

Olivier Giroud menjaringk­an golnya yang ke-30 untuk Perancis manakala pemain tengah Manchester United Paul Pogba diletakkan di bangku pemain simpanan – sama seperti apa yang kerap berlaku kepadanya di bawah Jose Mourinho di Old Trafford.

Thomas Lemar menggandak­an kelebihan itu untuk Perancis tetapi Luis Muriel memberi harapan kepada pasukan Amerika Selatan itu ekoran kesilapan oleh penjaga gol Hugo Lloris.

Rakan Lemar dalam pasukan Monaco, Radamel Falcao, menyamakan kedudukan dan Quintero kemudian menentukan keputusan perlawanan hanya dua minit sahaja selepas dia dimasukkan sebagai pemain simpanan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? RAIKAN BERSAMA: Pemain Colombia meraikan gol jaringan mereka pada aksi perlawanan persahabat­an menentang Perancis di Paris, Perancis.
— Gambar Reuters RAIKAN BERSAMA: Pemain Colombia meraikan gol jaringan mereka pada aksi perlawanan persahabat­an menentang Perancis di Paris, Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia