Utusan Borneo (Sarawak)

Marwijk yang baharu kendali Australia akur tewas 1-4 kepada Norway

-

OSLO: Dibawa masuk untuk menyelia kempen Australia di kejohanan bola sepak akhir Piala Dunia 2018, jurulatih dari Belanda Bert van Marwijk melihat pasukan baharunya tewas 4-1 kepada Norway pada malam yang sejuk di Oslo kelmarin.

Lelaki yang membimbing Belanda ke kejohanan akhir Piala Dunia pada 2010 itu menyelia perlawanan pertamanya selaku pengendali Australia dan pasti bersemanga­t apabila tandukan Jackson Irving meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke19 dalam serangan serius mereka yang pertama.

Namun hatrik oleh penyerang LA Galaxy Ola Kamara dan tandukan cantik dari Tore Reginiusse­n membuat pasukan tuan rumah Norway tertanya-tanya mengenai pencapaian mereka jika mereka sendiri layak ke kejohanan akhir di Rusia pada musim panas ini.

Kapten Australia Mile Jedinak mengakui pasukannya bermain di bawah prestasi sebenar.

“Kami dibolosi beberapa bola mudah,” katanya kepada Fox Sports selepas perlawanan.

“Malangnya ia tidak menjadi seperti yang kita lihat. Kami tahu, saya sendiri tahu, semua kami dapat meningkatk­an lagi usaha.”

Kedua-dua pasukan bermain dalam perlawanan itu dengan memakai lilitan lengan hitam sebagai penghormat­an kepada pemain remaja Adrian Lillebeck Ovlien, yang meninggal dunia akibat kejutan septik pada usia 20 tahun pada minggu

Malangnya ia tidak menjadi seperti yang kita lihat. Kami tahu, saya sendiri tahu, semua kami dapat meningkatk­an lagi usaha. Mile Jedinak Kapten pasukan Australia

lepas dalam kejadian yang digambarka­n sebagai “hari paling menyedihka­n dalam sejarah kita” oleh Persatuan Bola Sepak Norway.

Van Marwijk, dibantu oleh menantunya, bekas pemain tengah Bayern Munich dan AC

Milan, Mark van Bommel, menurunkan barisan tiga pemain pertahanan dengan dua pemain tengah dan menyerap semua tekanan awal tanpa melakukan serangan dengan sebarang niat dalam tempoh 15 minit pertama.

Mereka memecah kebuntuan apabila Irvine melompat paling tinggi untuk menanduk masuk tendangan sudut selepas 19 minit untuk menjaringk­an gol pendahulua­n yang tidak diduga.

Norway membalas dengan serangan bertalu- talu ke arah gawang pasukan The Socceroos dan apabila Mohamed Elyounouss­i meloloskan diri daripada pemain pertahanan Australia Mark Milligan, dia melorongka­n bola kepada Kamara untuk gol pertamanya yang ditolak masuk di tiang belakang untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-39.

Beberapa minit selepas waktu rehat, Reginiusse­n masuk tanpa dikawal untuk menanduk masuk bola hantaran lintang oleh Bjorn Johansen melepasi Mat Ryan yang memakai jersi warna merah jambu terang sebagai penjaga gol Australia.

Sejurus sebelum minit ke-60, keadaan bertambah buruk bagi Australia apabila Kamara mengejar bola lorongan dan dengan tenang menolak bola melepasi Ryan untuk menjadikan­nya 3-1.

Kamara menjaringk­an gol terbaik untuk jaringan terakhir apabila dia merembat masuk tendangan rendah ke sudut bawah pada minit ke-92 untuk kemenangan 4-1. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? LICIK: Penyerang Norway, Johnsen (tengah) mengelak terjahan dari dua pemain Australia pada aksi perlawanan persahabat­an di antara Norway dan Australia di Oslo, Norway.
— Gambar AFP LICIK: Penyerang Norway, Johnsen (tengah) mengelak terjahan dari dua pemain Australia pada aksi perlawanan persahabat­an di antara Norway dan Australia di Oslo, Norway.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia