Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan hoki damba aksi hebat di Gold Coast

-

KUALA LUMPUR: Pasukan hoki negara berhasrat untuk menewaskan pasukan India dan England pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast Australia bagi memperbaik­i ranking Malaysia yang kini berada di kedudukan ke-12 dunia.

Skuad bimbingan jurulatih Stephen Van Huizen meletakkan sasaran awal untuk sekurang-kurangnya mara ke saingan separuh akhir pada temasya yang bakal bermula pada 4 hingga 17 April itu.

Stephen berkata selain diundi bersama-sama pasukan ranking keenam dunia India dan England (ketujuh), Malaysia juga perlu berhati-hati dengan tentangan yang bakal diberikan oleh pasukan Pakistan (ke-13) dan Wales (ke-24).

“Sememangny­a setiap kejohanan yang kita pergi kita nak capai yang terbaik, mahu raih pingat. Kita memang menjangkak­an Malaysia akan menerima cabaran sengit namun kita akan cuba pastikan Malaysia beraksi dengan baik untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.

“Sukan Komanwel penting buat pasukan negara sebagai pemanas badan sebelum memulakan aksi di Sukan Asia nanti. Jadi kita perlu pamer prestasi baik di Sukan Komanwel seterusnya menang di Sukan Asia untuk membolehka­n Malaysia layak ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo nanti,” katanya, kelmarin.

Mengikut ranking di peringkat Komanwel, pasukan Malaysia berada di kedudukan keenam, di mana Australia berada dikeduduka­n teratas diikuti India, New Zealand, England dan Kanada. — Bernama

 ??  ?? KERJASAMA: Awang Zaifulizan (dua kiri) menyampaik­an MoU kepada Jasper (dua kanan) dan Ramadoss (kanan) sambil disaksikan wakil Vikings Futsal Sdn Bhd, Nazri Ismail di Kuching semalam.
KERJASAMA: Awang Zaifulizan (dua kiri) menyampaik­an MoU kepada Jasper (dua kanan) dan Ramadoss (kanan) sambil disaksikan wakil Vikings Futsal Sdn Bhd, Nazri Ismail di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia