Utusan Borneo (Sarawak)

Negara-negara berhasrat jadi tuan rumah kejohanan ITF perlu tingkat keselamata­n

-

KUCHING: Mana- mana negara berhasrat menjadi tuan rumah kejohanan tenis anjuran Persekutua­n Tenis Antarabang­sa ( ITF) perlu meningkatk­an kawalan keselamata­n pemain dan pegawai.

Perkara itu dijelaskan oleh Presiden Persatuan Lawan Tenis Sarawak ( SLTA), Datuk Patrick Liew sambil memberitah­u kegagalan berbuat demikian merancatka­n peluang penganjur mendapatka­n pelepasan daripada ITF.

Sehubungan itu, Patrick menjelaska­n pihaknya meningkatk­an kawalan keselamata­n menjelang penganjura­n Kelayakan Akhir Asia/Oceania Kejohanan Tenis Remaja Piala Davis (JDC)/Piala Fed (JFC) By BNP Paribas yang akan diadakan dari 9 hingga 21 April depan di Gelanggang SLTA Kuching.

“ITF sangat mementingk­an soal keselamata­n pemain-pemain dan pegawai-pegawai semasa kejohanan anjuran mereka. Peraturan baharu ini menetapkan mana-mana negara mahu menjadi tuan rumah perlu memastikan keselamata­n keseluruha­nnya.

“Mereka mahu kawalan keselamata­n ketat seperti pegawai bertanggun­gjawab menghubung­i Polis, Imigresen atau hospital jika berlaku kecemasan seperti masalah banjir, salji atau letusan gunung berapi di negara-negara lain,” katanya pada sidang media di sini.

Patrick menjelaska­n, untuk itu SLTA telah menggaji pengawal keselamata­n di pintu masuk dan hanya membenarka­n mereka yang memiliki pas masuk ke pusat tenis tersebut.

Menurutnya, sejumlah RM6,000 dibelanjak­an SLTA untuk memasang empat kamera litar tertutup (CCTV) menjadikan semuanya lapan kamera dipasang di kelab terbabit.

“Dengan sistem CCTV, kita boleh merujuk semula rakaman jika berlaku sebarang insiden tidak diingini dan sebelum ini pernah berlaku pemain kehilangan beg dalam tandas.

“Namun, kita berjaya mengesan semula bagaimana kecurian itu berlaku selepas melihat semula rakaman CCTV,” kata beliau.

Patrick berkata, SLTA berusaha gigih memastikan kad laporan mereka sentiasa bersih untuk membida lebih banyak penganjura­n kejohanan antarabang­sa daripada ITF.

Pada masa sama mengekalka­n reputasi SLTA dan Sarawak sebagai lokasi penganjura­n kejohanan tenis berprestij dan terkenal di dunia ini.

 ??  ?? PANTAU: Patrcik memantau CCTV daripada monitor sambil disaksikan Bendahari SLTA, Bernard Chin (kiri) di SLTA Kuching.
PANTAU: Patrcik memantau CCTV daripada monitor sambil disaksikan Bendahari SLTA, Bernard Chin (kiri) di SLTA Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia