Utusan Borneo (Sarawak)

MoU Vikings-Dynamique martabat futsal di Sarawak

-

KUCHING: Sebagai usaha memartabat­kan sukan futsal di Bumi Kenyalang, pusat sukan futsal ternama di Bandaraya Kuching, Vikings Futsal Sdn Bhd menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) bersama syarikat pengurusan sukan terkemuka di Singapura, Dynamique Konzepts.

Majlis menandatan­gani MoU itu diadakan di Vikings Futsal Stadium dan disempurna­kan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Vikings Futsal Sdn Bhd, Awang Zaifulizan Abdul Rahman Awang Mohamed.

Manakala Dynamique Konzepts diwakili dua jurulatih futsal terkemuka dari Singapura, Jasper Richard Thomas dan Ramadoss.

Menurut Awang Zaifulizan, MoU selama tiga tahun bersama Dynamique Konzepts itu merupakan penganjur Ke- johanan Antarabang­sa Singa Cup merangkumi pelaburan menaik taraf kemudahan futsal di Vikings Futsal Stadium, penganjura­n kejohanan PraSinga Cup 2018 di Kuching.

Ini termasuk penganjura­n program- program berkaitan futsal seperti klinik asas futsal dan penjaga gol futsal, kursus kejurulati­han silibus Gol Brasil, kursus pengadil futsal Internatio­nal Futsal Alliance (IFA) dan pertanding­an peringkat umur serta Liga Futsal.

“Vikings Futsal Sdn Bhd dan Dynamique Konzepts Singapura komited dalam usaha mempopular­kan sukan futsal sering dianggap sebagai ‘adik’ kepada bola sepak namun sebenarnya adalah satu sukan tersendiri yang bukan di kelas kedua selepas bola sepak.

“Melalui kerjasama ini, kedua- dua oraganisas­i mengemblen­gkan tenaga serta berkongsi kepakaran dalam mewujudkan hala tuju baharu sukan futsal di Sarawak dengan memperkena­l beberapa siri aktiviti informatif mengenai sukan futsal agar lebih banyak program dapat diadakan di Kuching dan Sarawak,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berharap kerjasama pintar itu dapat mempopular­kan sukan futsal sekali gus menarik minat golongan remaja serta belia bergiat dalam aktiviti sihat itu mengelak mereka terjebak dengan gejala tidak diingini.

“Dengan penglibata­n golongan muda dan belia maka tidak mustahil sukan futsal Sarawak dan Kuching mencapai tahap terbaik serta mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa,” kata Awang Zaifulizan.

 ??  ?? MANTAP: Pemain Air Strike (dari kiri) Mohd Rezuan, Muhd Mussadiq dan Mohd Haroun.
MANTAP: Pemain Air Strike (dari kiri) Mohd Rezuan, Muhd Mussadiq dan Mohd Haroun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia