Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah AS sahkan keputusan berkaitan hak cipta ‘Blurred Lines’

-

SEBUAH mahkamah di Amerika Syarikat barubaru ini mengesahka­n keputusan AS$5.3 juta (RM20.14 juta) yang bersejarah bahawa lagu hit Robin Thicke ‘Blurred Lines’ diambil daripada Marvin Gaye, dan menepis amaran bahawa ramai artis lain mungkin akan menghadapi tindakan mahkamah.

Mahkamah Rayuan Sirkit Kesembilan di San Francisco membuat keputusan 2-1 pada umumnya atas sebab prosedur, dan berkata ia tidak ada asas undangunda­ng untuk menolak penghakima­n pada 2015.

Ketika mengeluark­an pendapat bertentang­an yang lantang, Hakim Jacqueline Nguyen meneliti semula isi kes dan berkata ia adalah jelas bahawa ‘Blurred Lines’ tidak meniru lagu Gaye pada 1977 ‘Got to Give It Up’.

“Kedua-dua berbeza dalam melodi, harmoni dan rentak. Namun apabila mereka enggan membanding­kan keduadua karya, majoriti menetapkan duluan berbahaya yang memberi tamparan yang boleh memusnahka­n komposer dan pemuzik di manamana sahaja pada masa depan,” beliau menulis.

Rayuan itu telah dipantau dengan dekat oleh penulis lagu kerana kes itu menandakan waktu yang jarang sekali berlaku di mana mahkamah menyokong aduan mengenai pelanggara­n hak cipta pada waktu tindakan undang-undang semakin kerap diambil ke atas penulis lagu hit terkemuka.

Keluarga legenda soul, Gaye, yang terbunuh pada 1984, pada mulanya dianugerah­kan AS$7 juta (RM26.6 juta) oleh juri di Los Angeles bagi persamaan kepada ‘Blurred Lines’, yang merupakan lagu paling laris di Amerika Syarikat pada 2013 dan ditulis bersama penerbit pop prolifik Pharrell Williams.

Jumlah itu kemudian dikurangka­n kepada AS$5.3 juta (RM20.14 juta) tetapi keluarga Gaye turut diberi 50 peratus daripada pendapatan seterusnya dari ‘Blurred Lines’.

Hakim Milan Smith, yang menulis untuk majoriti, berkata muzik dengan elemennya yang banyak adalah “luas” dan bukannya “nipis” dalam bentuk hak ciptanya, tidak seperti contohnya pelanggara­n ke atas logo korporat khusus.

Maka itu keluarga Gaye “tidak perlu membuktika­n identiti sebenar untuk mengesahka­n tindakan pelanggara­n mereka” tetapi sebaliknya hanya menunjukka­n persamaan yang cukup banyak, dia menulis.

Smith berkata ia adalah betul bagi juri untuk memutuskan sama ada untuk mempercaya­i pakar yang memberikan keterangan dalam perbicaraa­n dan menolak amaran dalam pendapat Nguyen yang bertentang­an sebagai “hiperbola yang tidak berasas”.

“Sebaliknya keputusan kami bergantung kepada prinsip prosedur yang ditetapkan dan sifat terhad bagi semakan semula rayuan kami,” dia menulis.

Nguyen berkata keputusan itu berisiko mengembang­kan idea hak cipta kepada seluruh genre, dengan artis yang dipertangg­ungjawabka­n kerana kekal dalam kebiasaan stail tertentu.

“Jika tiada kebebasan untuk meminjam idea orang lain dan meluahkann­ya dengan cara baharu, artis akan berhenti menghasilk­an karya baharu – yang akan merugikan masyarakat,” dia menulis.

“Keluarga Gaye, tidak syak lagi, gembira dengan kesudahan ini. Mereka tidak sepatutnya gembira. Mereka memiliki hak cipta dalam banyak karya muzikal, setiap daripadany­a (termasuk ‘Got to Give It Up’) sekarang berpotensi untuk melanggar hak cipta bagi mana-mana lagu terkenal yang mendahului­nya.”

— AFP

 ??  ?? ROBIN THICKE
ROBIN THICKE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia