Utusan Borneo (Sarawak)

Muncul semula untuk festival Lollapaloo­za

-

KUMPULAN Vampire Weekend, dengan pergabunga­n ‘indie rock’ yang telah menerima pujian komersil dan pengkritik, akan mengadakan pertunjuka­n pertama mereka yang sepenuhnya dalam tempoh empat tahun di festival Lollapaloo­za di Chicago pada waktu kumpulan itu menyediaka­n sebuah album baharu.

Ketika mengumumka­n barisan artis Rabu lepas untuk festival yang akan diadakan pada 2-5 Ogos, Lollapaloo­za – yang diilhamkan pada zaman 1990an sebagai satu perayaan untuk budaya alternatif – menamakan beberapa orang penghibur yang merupakan antara nama-nama aliran utama terbesar.

Bruno Mars, ‘funk revivalist’ yang menyapu bersih anugerahan­ugerah Grammy terbaharu, dan sensasi R&B The Weeknd mendahului barisan artis bagi festival yang diadakan di Grant Park yang terletak di tepi tasik di Chicago itu, selain memaparkan penyanyi ‘garage rock’ dengan desibel tinggi Jack White, kumpulan ‘indie rock’ kegemaran The National serta dua penyanyi rap Travis Scott dan Logic.

Namun nama yang menarik perhatian khusus adalah Vampire Weekend, dengan anggotanya yang selama dua tahun sudah menyatakan mereka sedang mengusahak­an album keempat mereka.

Vampire Weekend, yang dianggotai bekas pelajar Universiti Columbia yang telah menggabung­kan muzik dunia ke dalam ‘indie pop’ mereka, kali terakhir mengeluark­an album pada 2013 – ‘Modern Vampires of the City’ – yang memenangi anugerah Grammy untuk Album Muzik Alternatif Terbaik.

Kumpulan itu belum mengadakan konsert sepenuhnya sejak 2014, tetapi ia pernah membuat dua penampilan singkat pada 2016 untuk berkempen bagi calon presiden haluan kiri Bernie Sanders.

Penyanyi utama Ezra Koenig pernah berkata, mungkin secara berseloroh, bahawa album seterusnya akan dipanggil ‘Mitsubishi Macchiato’ dan pada September lalu tweet bahawa ia sudah “80 peratus siap tetapi 20 peratus terakhir sentiasa paling sukar”.

Album itu adalah yang pertama sejak pemergian pemain keyboard dan penulis lagu bersama Rostam Batmanglij, yang pada tahun lepas mengeluark­an sebuah album solo yang membawa rasa aneh berupa syurgawi dan pada waktu yang sama menyelidik­i lebih jauh ke dalam eksperimen­tasi

sonik. — AFP

 ??  ?? THE WEEKND
THE WEEKND
 ??  ?? VAMPIRE WEEKEND
VAMPIRE WEEKEND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia