Utusan Borneo (Sarawak)

Artis konsert dekati anak yatim melalui program CSR Media Prima

-

ARTIS konsert ‘Fantastik 4’, sebuah pentas realiti di radio dan digital Hot FM yang bermula 5 Mac lalu, baru-baru ini menjayakan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) di Pusat Penjagaan AnakAnak Yatim Al-Nasuha, Gombak.

Media Prima Bhd, yang memiliki radio Hot FM itu berkata, artis-artis tersebut telah turun padang Selasa lalu bagi menyertai program tersebut, yang turut disertai penyampai Hot FM, Ammar dan Deen.

Dalam kenyataan ia berkata, program CSR Artis Fantastik 4 itu bertujuan untuk mendekatka­n diri bersama adik-adik yang kurang bernasib baik.

Semasa program tersebut, penyanyi Ara Johari dan Wany Hasrita lebih tertarik untuk bersama pembantu rumah anak yatim bagi aktiviti memasak serta penyediaan makanan, manakala yang lain lebih tertumpu kepada kerjakerja pembersiha­n dan mengemas.

Selain itu, sedikit sumbangan berupa barangan keperluan asas turut diberikan kepada penghuni pusat penjagaan anak yatim tersebut. LIMA MINGGU

Fantastik 4 itu akan berlangsun­g selama lima minggu, dengan juri jemputan minggu lalu, Hafiz Suip bersama Edry Abdul Halim yang merupakan juri tetap bagi konsert Fantastik 4.

“Ara berani adaptasi lagu asal mengikut rentak pilihan yang membuatkan tidak bosan. Vokal jelas serta penyampaia­n tiada masalah ketara, cuma Ara suka ‘swallow’ kata-kata dan tak lontarkan dengan sehabisnya,” kata Edry selaku juri tetap pada minggu kedua pentas realiti tersebut.

Datuk AC Mizal juga meluahkan rasa kurang senang beliau dengan pertanding­an yang memberikan tugasan untuk penyanyi wanita menyanyika­n lagu penyanyi lelaki kerana mereka mempunyai key yang berbeza-beza.

“Nyanyian kena lebih ‘staccato’dan ‘groovy’ supaya tak dengar nyanyian mendayu di atas rentak atau muzik itu,” komen Edry untuk Wany yang dipersetuj­ui oleh AC Mizal.

Menurut Media Prima, Haqiem Rusli berjaya membawa gelaran ‘Artis Paling Fantastik’ minggu pertama beserta wang tunai RM5,000.

Manakala Ara sekali lagi mendapat pujian daripada juri kerana berani membawa sesuatu yang berbeza.

Wany yang semakin pulih dari virus Influenza B serta Naim Daniel turut membuat persembaha­n pada malam itu.

Untuk mengundi, pendengar boleh ke laman web rasmi stesen Hot FM di www.hotfm.com.my.

Undian atas talian dibuka sejak Isnin, 19 Mac jam 11 malam dan akan ditutup pada hari ini (25 Mac), tepat jam 11.59 malam. — Bernama

 ??  ?? TURUT SERTA: Ara Johari antara artis yang menjayakan konsert ‘Fantastik 4’.
TURUT SERTA: Ara Johari antara artis yang menjayakan konsert ‘Fantastik 4’.
 ??  ?? SERASI: Naim Daniel dan Wany Hasrita membuat persembaha­n.
SERASI: Naim Daniel dan Wany Hasrita membuat persembaha­n.
 ??  ?? PALING FANTASTIK: Haqiem Rusli berjaya membawa gelaran ‘Artis Paling Fantastik’ minggu pertama beserta wang tunai RM5,000.
PALING FANTASTIK: Haqiem Rusli berjaya membawa gelaran ‘Artis Paling Fantastik’ minggu pertama beserta wang tunai RM5,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia