Utusan Borneo (Sarawak)

Takaful Ikhlas rangkul tiga anugerah pada Takaful Starnite 2018

-

KUALA LUMPUR: Takaful Ikhlas Berhad, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad merangkul tiga anugerah pada Takaful StarNite 2018 di sini malam kelmarin.

Anugerah berkenaan diterima ejennya Buss Consulting (M) Sdn Bhd yang meraih tempat pertama bagi Top Recruiterd­alam kategori Perniagaan Takaful Keluarga Individu dan turut dipilih dalam kategori Anugerah Khas dalam kalangan 10 agensi terbaik.

Sallehudin Mohd Dahiran dari Takaful Ikhlas juga muncul sebagai pemenang bagi Ejen Individu Terbaik dalam kategori Takaful Am.

Anugerah yang memasuki tahun ketujuh itu dianjurkan oleh Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan dirasmikan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim, dan dihadiri 700 tetamu.

Sebanyak 20 anugerah disampaika­n pada acara itu termasuk Ejen Individu Terbaik, Agensi Perniagaan Korporat Kumpulan Terbaik dan Anugerah Tanggungja­wab Soasial Korporat.

Terdahulu, Pengerusi MTA Muhammad Fikri Mohamad Rawi dalam ucapannya berkata industri takaful mencatatka­n pertumbuha­n positif dalam perniagaan takaful am dan keluarga pada 2017.

Beliau berkata perniagaan takaful am mencatatka­n sumbangan bertulis kasar sebanyak RM2.56 bilion, meningkat 6.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2016, manakala takaful motor kekal di kedudukan teratas dari segi campuran portfolio pada 59.9 peratus ( 2016: 60.5 peratus).

“Mengenai tuntutan taka- ful am, industri mengalami kenaikan bagi Nisbah Tuntutan Bersih daripada 49 peratus pada 2016 kepada 51.2 peratus pada 2017.”

Beliau berkata perniagaan takaful keluarga mencatatka­n sumbangan perniagaan baharu sebanyak RM4.35 bilion pada 2017, kenaikan 10 peratus berbanding 2016 ( RM3.95 bilion), manakala ia juga mencatatka­n peningkata­n 5.3 peratus dalam tuntutan berjumlah RM2.88 bilion berbanding RM2.67 bilion pada 2016.

“Dengan liberalisa­si tarif motor dan kebakaran yang dilaksanak­an sejak Julai 2017, industri takaful am kini melalui senario baharu memandangk­an kelonggara­n penetapan kadar yang lebih tinggi, terutamany­a kerana ia mempengaru­hi strategi perniagaan­nya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? USAHA KERAS: Penerima anugerah Teratas Perniagaan Individu Takaful iaitu Pengerusi Eksekutif K H Chai bersama trofi anugerah pada Majlis Makan Malam dan Anugerah Takaful StarNite 2018 di Sime Darby Convention Centre malam, kelmarin.
— Gambar Bernama USAHA KERAS: Penerima anugerah Teratas Perniagaan Individu Takaful iaitu Pengerusi Eksekutif K H Chai bersama trofi anugerah pada Majlis Makan Malam dan Anugerah Takaful StarNite 2018 di Sime Darby Convention Centre malam, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia