Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak terdapat mana-mana ayat dalam laporan tersebut menyatakan beliau mencuri wang: Najib

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaska­n bahawa laporan siasatan Jawatankua­sa Kira- kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) membuat kesimpulan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

Najib turut menegaskan bahawa tidak terdapat manamana ayat dalam laporan tersebut yang menyatakan bahawa beliau telah mencuri wang dari syarikat tersebut atau pun duit derma daripada kerajaan Arab Saudi merupakan duit 1MDB.

“Laporan tersebut membuat kesimpulan bahawa 1MDB merupakan satu model perniagaan, di mana ia tidak mempunyai asas yang kukuh kerana suntikan modal yang diberikan oleh kerajaan hanya sebanyak RM1 juta sahaja.

“1MDB mempunyai program yang besar dan telah membuat pinjaman berjumlah RM42 bilion. Bagi jumlah pinjaman RM42 bilion, kadar faedahnya lima peratus setahun atau RM2 bilion setahun,” katanya pada sesi dialog bersama rakyat pada Majlis Pelancaran Laporan Tahunan Program Transforma­si Negara (NTP) 2017, di sini kelmarin.

Sesi tersebut dikendalik­an oleh Datuk Seri Idris Jala, penasihat NTP Perdana Menteri.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata punca permasalah­an 1MDB ialah apabila perancanga­n awal untuk menyenarai­kan Edra Energy digagalkan oleh pihak yang cuba mempolitik­kan isu tersebut.

“Sebenarnya mereka mahu menjatuhka­n kerajaan yang dipilih secara demokratik, dan isu ini dipolitikk­an dengan pelbagai tohmahan, kononnya RM42 bilion (pinjaman) sudah hilang dan sebagainya.

“Edra yang sepatutnya disenaraik­an, dan berdasarka­n perkiraan pada masa itu, kira-kira RM18 bilion hingga RM22 bilion dapat diraih daripada pasaran semasa disenaraik­an, tidak dapat dilakukan,” katanya.

Bagaimanap­un, Najib berkata kerajaan telah mengambil langkah positif dengan melaksanak­an rasionalis­asi 1MDB, yang kini berjalan lancar.

Perdana Menteri berkata kerajaan kini giat membangunk­an Tun Razak Exchange (TRX) yang akan menjadi sebuah kawasan pembanguna­n ikonik, dengan pembinaan Mulia Towers yang dijangkaka­n siap pada Ogos ini.

“Bandar Malaysia, yang akan menjadi terminal bagi Kereta Api Berkelajua­n Tinggi, dua stesen MRT sedang dibangunka­n dan kawasan berkeluasa­n 202.34 hektar itu dijangka menjadi kawasan yang mempunyai pembanguna­n terhebat dalam jangka masa beberapa tahun lagi.

“Aset-aset ini, kita akan di monetise (jana keuntungan), dan kita akan gunakan untuk menyelesai­kan hutang 1MDB, dan mengikut perkiraan, jika dapat kita peroleh nilai sebenarnya, ada kemungkina­n kita boleh mencatat keuntungan menerusi program rasionalis­asi ini,” katanya.

Najib turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa persepsi negatif yang timbul susulan isu MDB ini telah mengakibat­kan pelaburan dari luar dan sektor swasta menurun.

“Pada tahun 2010, bila kita mulakan (Dasar Transforma­si Negara), kita lihat kadar pertumbuha­n tahunan terkumpul (CAGR) dari segi pelaburan swasta, sebanyak tujuh peratus sahaja. Namun, angka itu telah melonjak kepada 11 peratus dalam tempoh tujuh tahun. Jadi apa yang diperkatak­an (persepsi) itu tidak betul.

“Nisbah pelaburan sektor swsta dan syarikat berkaitan kerajaan (juga) telah berubah, dengan sektor swasta kini menjadi enjin pertumbuha­n dalam ekonomi (68 peratus) berbanding sektor kerajaan ( 32 peratus), berbanding 55 peratus kerajaan dan 45 peratus swasta sebelum ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia