Utusan Borneo (Sarawak)

Penguranga­n defisit fiskal bukti kejayaan pembaharua­n fiskal kerajaan

-

KUALA LUMPUR: Penguranga­n defisit fiskal secara berterusan sejak 2009 membuktika­n kejayaan pembaharua­n fiskal yang dilaksanak­an oleh kerajaan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, di samping mengekalka­n disiplin dan berhemat dalam pengurusan kewangan untuk mencapai sasaran belanjawan hampir seimbang menjelang 2020, kerajaan juga akan terus mengutamak­an program dan projek yang berteraska­n rakyat dan berimpak tinggi.

“Keutamaan akan diletakkan pada penciptaan hasil yang maksimum, penguranga­n ketirisan dan peningkata­n nilai dalam perbelanja­an, dengan penekanan kepada penyediaan perkhidmat­an penting kepada rakyat, terutamany­a dalam bidang penjagaan kesihatan, pendidikan dan bantuan bersasar,” kata Johari di dalam Laporan Tahunan Program Transforma­si Negara 2017, yang dilancarka­n di sini kelmarin.

Laporan tahunan ini dilancarka­n oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan.

Johari berkata tinjauan masa hadapan, kerajaan akan juga meningkatk­an fokus kepada generasi masa hadapan, memperting­katkan kesejahter­aan rakyat dan memastikan keterangku­man.

“Gabungan usaha-usaha ini akan memperkuku­hkan lagi asas dan daya tahan ekonomi negara, sejajar dengan dasar transforma­si ke arah menjadi negara berpendapa­tan tinggi dan menuju matlamat Transforma­si Nasional 2050 (TN50) untuk meletakkan Malaysia sebagai antara negara 20 teratas di dunia dari segi perkembang­an ekonomi, kemajuan sosial dan inovasi,” kata beliau.

Dalam melaksanak­an kawalan perbelanja­an, Johari berkata sejak 2010, kerajaan secara berperingk­at merasional­isasikan subsidi untuk beralih daripada subsidi menyeluruh kepada pemberian bantuan bersasar yang membolehka­n kerajaan menyalurka­n bantuan kepada mereka yang memerlukan melalui usaha seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Laporan itu turut menyatakan sehingga akhir 2017, lebih RM26 bilion dalam bentuk bantuan tunai secara langsung di bawah BR1M telah diberikan kepada lebih tujuh juta individu dan keluarga dalam golongan 40 peratus berpendapa­tan terendah (B40) dan usaha ini juga tertumpu kepada meningkatk­an keterangku­man dalam ekonomi Malaysia.

Johari berkata dalam memastikan pengurusan kewangan kerajaan yang berdisipli­n, kerajaan juga membiayai perbelanja­an operasi melalui hasil kerajaan manakala pinjaman hanyalah bertujuan untuk membiayai perbelanja­an pembanguna­n.

“Oleh demikian, nisbah hutang kerajaan berbanding keluaran dalam negara kasar pada 2017 telah menurun kepada 50.8 peratus daripada 52.7 peratus pada 2016,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia