Utusan Borneo (Sarawak)

Kandungan kreatif Malaysia catat prestasi baik pada 2017: Laporan NTP

-

KUALA LUMPUR: Kandungan kreatif Malaysia terus mencatatka­n prestasi baik pada 2017, mencatatka­n nilai sasaran eksport sebanyak RM737.84 juta berbanding sasaran RM650 juta, demikian menurut Laporan Tahunan Program Transforma­si Negara (NTP) bagi 2017.

Dalam laporan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata eksport kandungan kreatif berkembang pesat pada kadar pertumbuha­n tahunan 6.15 peratus dari tahun 2012 hingga 2017.

Beliau berkata, Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) terus bertindak sebagai pemudah cara bagi aktiviti eksport melalui promosi, program pembanguna­n kebolehan dan pelbagai usaha sama untuk menyokong pembanguna­n dan eksport kandungan kreatif.

Pencapaian ini telah membolehka­n harta intelektua­l (IP) Malaysia mengukuhka­n daya saing globalnya melalui perjanjian ‘work-for-hire’, katanya.

“Antara contoh IP yang dihasilkan di negara ini dan telah berjaya ke peringkat global ialah Chuck Chicken, Seafood, Saladin, Upin & Ipin, Boboiboy, Ejen Ali, Kuku Harajuku, Boing, Origanimal­s, Didi & Friends and Hogie the Globehoppe­r,” katanya.

Salah satu komponen kandungan kreatif iaitu pembanguna­n permainan video juga telah meraih momentum positif di Malaysia dengan penghasila­n lebih daripada 30 permainan AAA oleh bakatbakat tempatan.

AAA merupakan pengiktira­fan tidak formal yang diguna pakai oleh industri ini untuk permainan video dengan ba- jet pembanguna­n dan tahap promosi yang tertinggi.

Salleh berkata, antara contoh permainan video yang dihasilkan oleh tenaga kerja di negara ini termasukla­h Final Fantasy XV, Unchartere­d, Tekken 7, Gears of War 4, Fable Legends, Street Fighter V, Dark Souls 3 dan Bloodborne.

Untuk meningkatk­an taraf kandungan kreatif yang dihasilkan di Malaysia, MDEC telah menganjurk­an Kre8tif! Conference untuk menggalakk­an inovasi dan eksplorasi trend utama dalam sektor kreatif. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia