Utusan Borneo (Sarawak)

Serentak kempen Ulang Tahun Jimisar Ke-10 dengan acara kemuncak peluang pandu uji bersama Leona

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Jimisar Autotrade Sdn. Bhd., pengedar kenderaan Mitsubishi 4S berjaya menarik 200 peminat atlet permotoran Malaysia, Leona Chin untuk mengambil bahagian dalam acara Mitsubishi Ultimate Drive di bilik pamerannya di Jalan Sherip Masahor, di sini, semalam.

Acara ini diadakan serentak dengan kempen Ulang Tahun Jimisar Ke-10 yang akan berakhir pada Mac ini dengan pemberian IPhone X kepada salah seorang pelanggan bertuah mereka.

Objektif acara ini adalah untuk menggalakk­an orang ramai mengetahui model kenderaan Mitsubishi terkini yang lebih selesa, mempunyai pengendali­an unggul dan prestasi enjinnya yang berkuasa.

Kemuncak pada acara ini adalah peluang pandu uji bersama Leona yang dikenali sebagai Ratu Drift Malaysia.

Setiap pengunjung yang mengambil bahagian dalam ujian memandu itu berhak mendapatka­n barangan rali secara percuma dan layak menyertai Cabutan Bertuah bagi memenangi hadiah wang tunai RM888.

Pengunjung dialu-alukan untuk mengatasi Leona dalam ‘ Car Simulator Challenge’ bagi memenangi hadiah tunai RM300.

Sementara itu, pelanggan yang membuat tempahan pada hari acara boleh menikmati pakej hadiah tempahan istimewa daripada Jimisar Autotrade termasuk hadiah percuma, baucar perkhidmat­an dan rebat tambahan.

Di samping itu, Jimisar turut menyediaka­n aktiviti keluarga dan jamuan ringan untuk pengunjung mereka.

Bagi memberi ganjaran kepada pelanggan sedia ada, Jimisar juga menganjurk­an aktiviti selepas jualan pada hari yang sama.

Pemeriksaa­n kenderaan 30 mata percuma, pemberian hadiah penjagaan kereta percuma untuk setiap perbelanja­an RM388 pada servis, diskaun istimewa sehingga 20 peratus terhadap barang tambahan Mitsubishi dan sehingga 50 peratus pada barangan terpilih.

Jimisar dalam pada itu merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pengunjung yang menyertai acara ini.

Orang ramai yang ingin mengetahui tentang promosi terkini Jimisar boleh mengunjung­i kami di Jalan Sherip Masahor atau melayari Facebook di Jimisar Autotrade Mitsubishi Motors.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http:// mitsubishi.jimisar.com/ atau facebook di http:// www. facebook. com/ Jimisar- Autotrade- Mitsubishi- Motors atau hubungi 082-457810.

 ??  ?? RATU DRIFT: Kakitangan Jimisar Autotrade Sdn. Bhd. merakamkan kenangan bersama Leona (enam dari kiri) pada acara Mitsubishi Ultimate Drive di Kuching, semalam.
RATU DRIFT: Kakitangan Jimisar Autotrade Sdn. Bhd. merakamkan kenangan bersama Leona (enam dari kiri) pada acara Mitsubishi Ultimate Drive di Kuching, semalam.
 ??  ?? LANGKAH BERGAYA: Foto berkumpula­n pemenang Peraduan CNY Choose Your Own Prizes Contest’ di Kuching semalam.
LANGKAH BERGAYA: Foto berkumpula­n pemenang Peraduan CNY Choose Your Own Prizes Contest’ di Kuching semalam.
 ??  ?? CUBA BAKAT: Antara pengunjung yang menyertai permainan Cabaran Simulator Kereta.
CUBA BAKAT: Antara pengunjung yang menyertai permainan Cabaran Simulator Kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia