Utusan Borneo (Sarawak)

12 pelanggan setia Everrise menang CNY Choose Your Own Prizes Contest

-

KUCHING: Seramai 12 pelanggan setia Everrise telah memenangi hadiah daripada Peraduan CNY Choose Your Own Prizes Contest yang diadakan bermula 19 Januari sehingga 4 Mac lalu.

Pihaknya telah menerima sekitar 30,000 penyertaan peraduan daripada kedaikedai yang telah mengambil bahagian iaitu Everrise di Padungan, BDC, Batu 4, Batu Kawa, Plaza Merdeka, dan Vivacity.

Lima pemenang untuk hadiah pertama terdiri daripada Ang Yiu Chuan, Anthony Chuo, Lee Kian Joong, Tan Eng Chuan dan Adrienne Suyenti dengan masingmasi­ng membawa pulang produk pilihan mereka bernilai RM500.

Sementara itu, bagi lima pemenang hadiah kedua, Chai Moi, Kuan Chwen Hui, Jeffery Dickson Sandom, Bong Suk Kee, dan Merina Sedi, turut membawa pulang produk pilihan mereka dengan nilai keseluruha­n RM250.

Pada masa yang sama sepu- luh pemenang hadiah ketiga, Wong Kin Mee, Claudia Langgie, Terence Melina, Aw Eng Siang, Chen Chee How, Nohia Anak Jehep, Lim Hung Seng, Wong Kie Yung, Cheng Lai Fong dan Wong Chiew Ling membawa pulang produk pilihan mereka masing-masingnya bernilai RM150. KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan bahawa dakwaan negara akan muflis adalah tidak berasas.

“Kemuncak hutang kita adalah pada tahun 1986 di mana nisbah hutang pada masa itu 103.4 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara. that was in 1986 (itu pada 1986). Hari ini, kita punya nisbah hutang kepada KDNK hanya 50.8 peratus sahaja.”

“Maknanya, sebagai sebuah kerajaan kita telah melakukan perbelanja­an secara berhemah dan juga bertanggun­gjawab,” kata Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan semasa sesi dialog yang dikendalik­an oleh Penasihat kepada Perdana Menteri untuk Program Transforma­si Negara (NTP) Datuk Seri Idris Jala sempena pelancaran Laporan Tahunan 2017 NTP di sini, malam kelmarin.

Menurutnya lagi, jika dibanding dengan hutang negara lain, umpamanya Jepun adalah 240 peratus berbanding KDNK , Singapura 111 peratus dan United Kingdom 89 peratus.

“Kalau ikut logik negaranega­ra ini patut muflis lebih dulu daripada Malaysia. Bukan kita. Oleh itu, dakwaan Malaysia akan muflis tidak berasas dari segi hakikatnya,” kata Najib.

Selain itu, prospek cerah ekonomi Malaysia telah disahkan oleh institusi global, dan agensi penarafan kredit utama telah mengesahka­n penarafan Malaysia dalam band ‘ A’ dengan tinjauan stabil.

Malaysia merupakan salah sebuah daripada beberapa negara di dunia yang menetapkan had statutori ke atas jumlah pinjaman kerajaan, membuktika­n kegigihan dan disiplin kerajaan dalam membawa perubahan.

Hutang kerajaan yang berada pada 50.8 peratus daripada KDNK pada 2017, adalah di bawah had siling 55 peratus daripada KDNK.

Mengenai Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan kekurangan subsidi minyak yang dikatakan sebagai isu utama menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup, Najib berkata: “Sebenarnya kenaikan harga barang ini bukan kerana semata-mata GST.”

“Sebab bila kita laksanakan GST, we provided for a soft landing (kita sediakan bagi penurunan sederhana). Sebab itu kita telah kecualikan 578 item, terutama sekali barangbara­ng asas seperti beras, ayam, telur, ikan, sayur, roti, minyak masak, buah-buahan, buku, ubat daripada GST.”

Kadar GST Malaysia ialah pada 6 peratus.

Menurutnya, dalam sejarah negara kadar inflasi mencapai tahap tertinggi pada tahun 2008 dan 1998 di mana misalnya pada pada Julai 2008 inflasi mencecah 8.4 peratus.

Bagaimanap­un, katanya, sejak GST diperkenal­kan, kadar inflasi berada pada tahap 2.1 peratus pada 2015, 2.1 peratus pada 2016 dan 3.7 peratus pada 2017.

Pada Februari 2018, kadar inflasi jatuh ke paras 1.4 peratus.

“Jadi, kalau kita nak kata kerana GST itu tidak kena. Tak kan la, harga ikan kembong naik kerana GST. Sebab ikan tidak dikenakan GST.” ujarnya.

Jadi semua khabar angin ini adalah tidak berasaskan fakta, kata Perdana Menteri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia