Utusan Borneo (Sarawak)

Penyanyi baharu Ryan Deedat mahu bawa ‘Salimah’ ke arena muzik global

-

TUAH bagaikan menyebelah­i penyanyi Ryan Deedat apabila single terbarunya ‘Salimah’ bukan sahaja melonjakka­n namanya di persada seni tempatan, malah menarik minat syarikat label Sony Music berpangkal­an di Los Angeles, Amerika Syarikat, untuk menerbitka­n semula lagu itu dalam bahasa Latin.

Pemilik nama sebenar Sheikh Eamir Deedat, 26, berkata segalagala­nya bermula apabila komposer lagu ‘Salimah’, Adam Armin yang bekerja di syarikat gergasi berkenaan menunjukka­n lagunya kepada pihak pengurusan syarikat tersebut.

Ryan berkata apa yang mengejutka­n beliau, mereka menunjukka­n minat terhadap lagunya.

“Biarpun semuanya masih di peringkat awal perancanga­n, namun saya dimaklumka­n mereka mahu mengubah irama ‘Salimah’ menjadi melodi Latin, malah saya akan menyanyika­nnya dalam bahasa Latin.

“Lebih mengujakan, untuk versi Latin ini, saya juga difahamkan bakal berduet bersama penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat,” katanya kepada Bernama.

Tambah Ryan, pihak syarikat rakaman bercadang memasarkan lagu ‘Salimah’ di dalam versi Latin ke Mexico, sebelum diketengah­kan ke seluruh Amerika Latin seterusnya menyusun perancanga­n lain untuk menjengah pasaran Amerika Syarikat dan dunia.

Mengakui ‘Salimah’ bagai satu tuah buatnya, Ryan berkata ia memberi semangat kepadanya untuk menghasilk­an sekuel dan ‘prequel’ lagu itu yang bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Lagu ‘Salimah’ yang berentak irama pop moden dengan diselitkan elemen tradisi dan elektro itu berkisar kepada kisah seorang wanita yang sedang hangat dilamun cinta, namun mendakwa pasanganny­a berlaku curang dalam hubungan mereka.

Muzik video lagu berkenaan yang dimuat naik di You Tube awal Februari lalu turut mendapat sambutan baik dengan mencatat lebih 40,000 tontonan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia