Utusan Borneo (Sarawak)

TRAGEDI DI ANAK SUNGAI

-

MIRI: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai dibaham buaya semasa mandi di sebatang anak sungai berdekatan Jalan Mulia 5, Kampung Tudan Fasa 2 di sini, petang semalam.

Mayat mangsa, Mohd Fairuz Dais, 8, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dibantu orang awam dalam keadaan tersangkut pada tumbuhan air kira-kira jam 6.45 petang.

Maklumat daripada Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitah­u, mayat mangsa dijumpai dengan kesan gigitan di kaki kanan.

Mayat mangsa kemudianny­a diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

Sementara itu, saudara mangsa yang dikenali sebagai Mohd Syahrul Mustapa, 14, berkata sebelum kejadian beliau bersama mangsa dan tiga lagi adiknya pergi ke anak sungai itu untuk memancing ikan kira-kira jam 5 petang.

“Kemudian dia (Mohd Fairuz) terjun ke sungai itu, katanya untuk mandi. Walaupun dia pandai berenang, saya sudah nasihatkan agar tidak berenang terlalu jauh.

“Tiba-tiba dia tenggelam seperti ditarik sesuatu, lalu meminta tolong. Saya dan tiga adik saya cuba menariknya ke tebing namun gagal,” katanya ditemui Utusan Borneo di tempat kejadian, semalam.

Sejurus itu, Mohd Syahrul dan adik-beradiknya berlari meminta tolong daripada penduduk kampung berdekatan.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalanka­n operasi SAR tersebut semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia