Utusan Borneo (Sarawak)

KEKALKAN PENGUASAAN SARAWAK

Pelbagai aspek perlu diambil kira jika berhasrat lahir atlet-atlet bina badan berwibawa

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Sukan bina badan memerlukan program pembanguna­n secara sistematik untuk mengekalka­n penguasaan Sarawak dalam sukan itu di negara ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata pelbagai aspek perlu diambil kira jika Sarawak berhasrat melahirkan atlet-atlet bina badan yang berwibawa dan berjaya.

“Untuk kita terus maju, sukan bina badan memerlukan program pembanguna­n secara sistematik dengan bermula dari peringkat usia muda.

“Atlet-atlet bina badan juga memerlukan banyak pengorbana­n, dedikasi, disiplin tinggi selain pengetahua­n sains yang mendalam terutamany­a dari aspek pemakanan dan latihan,” katanya ketika merasmikan Kejohanan Bina Badan Mr Kuching 2018 di Pusat Beli-Belah Plaza Merdeka di sini semalam.

Dr Sim turut menekankan kepentinga­n penyediaan fasiliti yang lengkap serta tajaan bagi membolehka­n atlet-atlet mendapat latihan bersistema­tik dan mencukupi.

Menurutnya, Persatuan Bina Badan Sarawak (SBBA) telah memainkan peranan yang baik bagi mengembang­kan sukan bina badan di negeri ini meskipun serba kekurangan apabila Sarawak berjaya melahirkan ramai atlet berjaya menempa nama sehingga ke persada antarabang­sa sejak 1960-an.

Untuk itu, beliau akan cuba membantu SBBA terutamany­a dari aspek tajaan selain bekerjasam­a dengan pihak berkaitan dalam menyediaka­n pusat gimnasium untuk rakyat negeri ini.

Sementara itu, Presiden SBBA Datuk Wee Hong Seng mengumumka­n perubahan nama dalam beberapa kategori Kejuaraan Mr Sarawak 2018 pada 14 April depan bagi mengenang jasa tokohtokoh yang telah mengharumk­an arena bina badan di Sarawak.

Menurut beliau, trofi buat juara kategori Masters (45 tahun ke atas) akan dinamakan Piala Dr YY Lee, juara kategori remaja (bawah 21 tahun) dinamakan Piala Bujang Taha dan pemenang kategori Badan Cantik ‘Athletic Physique’ menerima Piala Soloman.

Sementara itu, atlet berpengala­man, Joseph Ladi merangkul gelaran juara Mr Kuching buat kali kedua.

Anak tempatan berusia 31 tahun itu juga dinobatkan ‘Juara Antara Juara’ kejohanan sama anjuran SBBA pada tahun lalu.

Joseph memenangi kategori 70 kilogram ke bawah menewaskan pencabar-pencabar utama, Abang Ahmad Agus Khalil Abang Ibrahim dan Ismail Jahwi.

Dalam kategori 70-80 kilogram, guru sekolah menengah, Wilfred Harding muncul juara setelah menepis saingan Lansconner­y Ripit dan muka baharu, Ariff Amarud- din Azmi. Kategori paling berat, 80 kilogram ke atas dimenangi Huang Chee Yan manakala Roslle Jamawi dan Mohd Kamarrudin Mustapha masing- masing menduduki tempat kedua dan ketiga. Kategori ‘ Athletic Physique’ menghimpun­kan paling ramai peserta iaitu 15 orang. Juara sub- kategori 170 sentimeter ke bawah dimenangi Mohd Affizan Abdullah diikuti Azmir Ajis dan Noor Iskandar Mohamad Alifa di tempat kedua dan ketiga. Muhamad Azri Nazaruddin pula menjuarai sub-kategori 170 sentimeter ke atas diekori pemenang tempat kedua Azwan Rosdan dan ketiga, Arif Azhan Mohamad Ghazali. Hadir sama Datuk B a n d a r D e w a n Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, Pegawai Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS) Ikmal Affandi, Setiausaha SBBA, Andy Ismail dan Pegawai P e m a s a r a n ( Acara dan Komunikasi) Pengurusan Plaza Merdeka, Leovell Sam Avenido.

Untuk kita terus maju, sukan bina badan memerlukan program pembanguna­n secara sistematik dengan bermula dari peringkat usia muda. Datuk Dr Sim Kui Hian Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TERIMALAH: Wee (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Sim sambil disaksikan Abang Wahap (empat kanan).
TERIMALAH: Wee (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Sim sambil disaksikan Abang Wahap (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia