Utusan Borneo (Sarawak)

Perang digital paling hebat

Pemuda BN Sarawak sudah bersiap sedia, menjangka perang menerusi media sosial lebih hebat berbanding poster

- Oeh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bakal menyaksika­n perang digital paling hebat dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.

Bagaimanap­un, bagi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, mereka telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU14.

Mengakui fenomena itu, Timbalan Ketua Pemuda BN Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman menjangkak­an perang digital menerusi media sosial lebih hebat berbanding poster.

Berubah mengikut peredaran zaman dan teknologi, beliau menyifatka­n kempen secara digital antara aspek penting dalam menghadapi pilihan raya kali ini.

“Perang digital dijangka lebih hebat berbanding poster pada pilihan raya kali ini.

“Namun, kita (Pemuda) telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang kemungkina­n dari segi me- dia sosial dan di lapangan,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Geran Tahunan Sekolah Di Kawasan N.6 Tupong di Dewan SMK Petra Jaya di sini, semalam.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berkata jentera pilihan raya Pemuda BN Sarawak bakal dilancarka­n pada 26 Mac ini di Padang SLPAS, Satok.

Katanya, pelancaran itu akan disempurna­kan oleh Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Negeri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah bersiap sedia sepenuhnya di seluruh negeri untuk digerakkan dalam parti-parti komponen BN.

“Kami telah bersedia di seluruh negeri, hanya menunggu pembubaran (Parlimen) diumumkan sebelum bergerak.

“Ini bagi memastikan BN Sarawak memenangi PRU14 dengan kemenangan besar,” katanya yang juga Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) negeri.

Terdahulu, beliau menyampaik­an geran berjumlah RM193,000 kepada 25 sekolah di kawasan DUN Tupong bagi 2017.

Namun, kita (Pemuda) telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang kemungkina­n dari segi media sosial dan di lapangan.

Fazzrudin Abdul Rahman Timbalan Ketua Pemuda BN Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? FAZZRUDIN
FAZZRUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia