Utusan Borneo (Sarawak)

DUA BERADIK MAUT NAHAS

Motosikal rempuh belakang 4WD, penunggang terbunuh di tempat kejadian, kakak meninggal dunia di PJHUS.

- Oleh Jeremy Lanson

KOTA SAMARAHAN: Dua beradik terbunuh dalam kemalangan membabitka­n sebuah motosikal dan kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Kilometer 11, Jalan Datuk Mohd Musa di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu yang mengesahka­n insiden tersebut memberitah­u, mangsa dikenali sebagai Ronaldo Savio Nyigot, 23, dan kakaknya Christina Fawcet Nyigot, 37.

Alexson berkata, dalam kejadian sekitar jam 8.30 pagi itu, kedua-dua mangsa bergerak dari arah Batu 7 menuju ke Kota Samarahan apabila motosikal yang ditunggang­i Ronaldo dipercayai hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang 4WD.

“Impak pelanggara­n menyebabka­n penunggang (Ronaldo) maut di tempat kejadian, manakala pembonceng (Christina) yang mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (PJHUS).

“Bagaimanap­un, mangsa (Christina) juga disahkan meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan kecemasan di PJHUS,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tambah Alexson, mayat dua beradik tersebut telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Manakala, pemandu 4WD tersebut yang berusia 32 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Anggota kita turut hadir di lokasi kejadian untuk menjalanka­n siasatan dan kes kini masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” kata Alexson.

Difahamkan, Christina yang alamat terakhirny­a di Tabuan Dayak di sini, sedang sarat mengandung dan kandungann­ya turut gagal diselamatk­an.

Bedah siasat kedua-dua mayat mangsa dijalankan petang semalam sebelum dituntut keluarga untuk upacara pengebumia­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia