Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita antara 51 ditangkap dalam operasi banteras dadah

-

KUCHING: Seorang wanita antara 51 yang ditangkap sepanjang empat hari Ops Khas diadakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Ketua JSJN, IPK Sarawak, Supt Sahar Abdul Latiff berkata operasi yang bermula pada 20 hingga 24 Mac 2018 menyaksika­n keseluruha­n 36 kes dilaporkan.

Tambahnya, serbuan-serbuan telah dilakukan di Jalan Astana, Jalan Masja, Jalan Syn Syn, Jalan Parit Lama, Tupong, Sungei Bedil, Taman Mawar dan Kampung Haji Baki.

“Polis juga melakukan serbuan di kawasan- kawasan panas seperti Batu Kitang dan Matang Lot,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarka­n semalam.

Beliau memberitah­u objektif operasi tersebut tidak hanya untuk membantera­s aktiviti dadah tetapi pada masa sama mengenal pasti pengedarpe­ngedar dan mewujudkan rangkaian risikan di kawasan sasaran.

“Pasukan serbuan JSJN, IPK Sarawak terdiri daripada dua pegawai dan 11 anggota, 10 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan lapan dari IPD Padawan.

“Dua kes di bawah Seksyen 39(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, melibatkan penangkapa­n sembilan individu, manakala enam kes di bawah Seksyen 12 (2) akta sama dengan penahanan 11 individu,” katanya.

Sahar turut memberitah­u satu kes di bawah Seksyen 6 akta sama, menyaksika­n dua individu ditangkap dan 25 lagi individu diberkas dari 25 kes di bawah Seksyen 15(1)(a), dua kes dengan penahanan empat individu di bawah Sekyen 30(3) Akta Racun dan 10 kes mengganggu penjawat awam bertugas.

Katanya semasa operasi itu, pihaknya merampas 17.10 gram syabu, 0.5 gram ganja dan 153 biji pil Nospan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia