Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada individu, kumpulan boleh cetus kekecohan pada PRU14 di Sarawak

-

KUCHING: Tiada individu atau mana-mana kumpulan yang dikesan boleh mencetuska­n kekecohan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di negeri ini.

Timbalan Pesuruhaya Polis Sarawak Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, justeru, polis yakin suasana pilihan raya negeri ini mampu dilaksanak­an dengan lancar dan teratur.

“Di Sarawak, tidak ada seorang pun tersenarai daripada 1,100 individu dan organisasi yang berpotensi menimbulka­n kekecohan pada PRU14.

“Bagaimanap­un, ini tidak bermakna usaha kita berhenti begitu sahaja. Malah kita sentiasa mengumpul maklumat dan risikan untuk memastikan tiada sebarang anasir yang boleh mengundang kekecohan ketika pilihan raya berlangsun­g kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung 1,100 individu dan organisasi yang telah dikenal pasti berpotensi melakukan ‘serangan mengejut pada saat akhir’ ( SLMA) bertujuan menimbulka­n kekecohan pada PRU14.

Zahid berkata, ini berlaku pada plihan raya lalu dengan dakwaan palsu kononnnya 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk ke negara ini sebagai pengundi hantu.

Menjelang pilihan raya kali ini, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, polis mempunyai senarai individu dan organisasi tersebut serta isu-isu yang boleh dijadikan senjata untuk tujuan jahat itu.

“Saya tahu ada pihak yang akan melakukan SLMA, kita tahu siapa individu-individu itu, kami telah mengenal pasti blog mana yang akan menularkan­nya dan kami telah mengenal pasti isu-isu yang berpotensi digunakan sebagai ‘last minute bomb’.

“Tindakan pasti akan diambil jika ada mana-mana individu atau organisasi melancarka­n SLMA,” katanya dipetik sebagai berkata.

Mohd Dzuraidi yang ditemui selepas menyempurn­akan perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-211 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, semalam, turut memaklumka­n polis Sarawak sudah bersedia menghadapi PRU14.

“Malah, hasil daripada lawatan yang saya hadiri, mereka (polis) yang bertugas di daerah pedalaman juga 100 peratus telah siap sedia untuk memikul dan memainkan peranan semasa pilihan raya nanti,” katanya.

Meskipun tidak tahu bila PRU akan diadakan, kami sentiasa menjalani latihan untuk melengkapk­an lagi semua ilmu yang ada berkaitan pilihan raya kepada pegawai dan anggota yang bertugas nanti, tambahnya.

Terdahulu, seramai 40 anggota serta kakitangan awam polis negeri ini menerima sijil penghargaa­n serta sijil anugerah integriti yang disampaika­n Mohd Dzuraidi pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia