Utusan Borneo (Sarawak)

Pantai Pugu akan dibangun sebagai tarikan pelanconga­n

Selain memiliki kawasan pantai dan laut yang cantik, ia juga sesuai untuk penganjura­n pertanding­an wau

- Oleh Agnes Tugong

LUNDU: Pantai Pugu yang terletak dalam kawasan Tanjong Datu dekat ini bakal dibangunka­n sebagai satu lagi tarikan pelanconga­n di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata Pantai Pugu bukan sahaja memiliki kawasan pantai dan laut yang cantik malah sesuai untuk penganjura­n aktiviti seperti pertanding­an wau.

Bagaimanap­un menurut Abang Johari, untuk menarik kedatangan pengunjung ke pantai itu, kemudahan seperti bekalan air, elektrik dan Internet perlu disediakan.

“Sebab itu, kita telah meluluskan peruntukan sebanyak RM17 juta untuk mengatasi masalah bekalan air di kawasan ini.

“Peruntukan ini akan digunakan bagi meningkatk­an bekalan elektrik untuk menguatkan tekanan air ke kawasan Pugu ini.

“Kita tidak boleh bergantung kepada peruntukan RM100 juta daripada perdana menteri kerana peruntukan tersebut termasuk untuk Bau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pada Program Kembara Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok bersama Pemuda PBB Tanjong Datu di Pantai Pugu di sini semalam.

Pantai Pugu terletak kira- kira 20 kilometer (km) dari pekan Lundu dan terletak berdekatan Pantai Pandan serta Pantai Siar.

Berhubung masalah bekalan elektrik di Pugu ini, Abang Johari berkata masalah itu akan dibincang kemudian bersama Sarawak Energy Berhad (SEB).

Melihat kepada potensi Pantai Pugu dan kawasankaw­asan lain dalam Tanjong Datu sebagai tarikan pelanconga­n, kerajaan menurut Abang Johari telah memanggil konsultan untuk meneliti potensi yang ada di kawasan berkenaan.

Beliau turut meminta Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) melihat kemudahan asas yang boleh dibangunka­n di pantai ini.

“Jika kawasan Pugu ini adalah di bawah tanah kerajaan negeri maka SEDC boleh membangunk­an fasiliti asas di kawasan ini.

“Apa yang boleh kita buat ialah sediakan tapak perkhemaha­n seperti di Australia yang menggunaka­n khemah bergerak lengkap dengan bekalan elektrik dan air untuk disewakan kepada pengunjung,” katanya.

Turut hadir pada program tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu, Ketua Pemuda PBB Satok Dzamaluddi­n Zainudin dan Ketua Pemuda PBB Tanjong Datu Azizul Adenan.

Sebab itu, kita telah meluluskan peruntukan sebanyak RM17 juta untuk mengatasi masalah bekalan air di

ini. ” kawasan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ?? RASMI: Abang Johari (kiri) menurunkan tandatanga­n pada poster sebagai simbolik perasmian Program Kembara Pemuda PBB Satok dan Pemuda PBB Tanjong Datu di Pantai Pugu semalam. Turut kelihatan Jamilah (kanan) dan Juma’ani (dua kanan).
RASMI: Abang Johari (kiri) menurunkan tandatanga­n pada poster sebagai simbolik perasmian Program Kembara Pemuda PBB Satok dan Pemuda PBB Tanjong Datu di Pantai Pugu semalam. Turut kelihatan Jamilah (kanan) dan Juma’ani (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia