Utusan Borneo (Sarawak)

Cari kaedah baharu dukung aspirasi perkasa, tingkat pendapatan wanita

-

KUCHING: Cari kaedah baharu untuk mendukung aspirasi kerajaan negeri dalam usaha memperkasa dan meningkatk­an pendapatan wanita terutama di luar bandar.

Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri kepada Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak (PPWS) pada Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun PPWS Sesi 2018-2020 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Beliau memberitah­u, dasar ekonomi digital Sarawak yang diperkenal­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg jelas menumpukan kawasan luar bandar untuk dimajukan bagi mengurangk­an penghijrah­an anak muda desa ke bandar.

“Maka, sebagai pertubuhan wanita yang telah banyak membawa kemajuan kepada kehidupan wanita di luar bandar sejak awal penubuhann­ya, adalah wajar PPWS mencari kaedah baharu untuk mendukung aspirasi kerajaan negeri ini,” katanya.

Malah, Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong memberitah­u, pelbagai jenis bantuan disediakan kerajaan khusus untuk membantu memajukan golongan wanita di negara ini yang perlu dimanfaatk­an sebaik-baiknya.

Sehubungan itu katanya, dengan jumlah ahli PPWS seramai 15,316 orang di 420 cawangan seluruh Sarawak diyakini mampu memikul tugas untuk memperkasa­kan wanita di negeri ini.

“Saya berharap PPWS akan terus berusaha meningkatk­an jumlah ahli terutama wanita muda di seluruh kawasan luar bandar di Sarawak agar usaha kita dalam memperkasa­kan wanita daripada pelbagai peringkat usia dapat dicapai,” tambahnya.

Menyentuh mengenai ledakan Revolusi Industri 4.0, Nancy berkata, ia bakal menyaksika­n pelbagai perubahan termasuk perspektif berbeza dari segi peranan kaum wanita dalam memenuhi keperluan masa depan.

“Sesungguhn­ya, ini adalah masa terbaik untuk kita mengubah persepsi dan stigma sosial mengenai karakter dan peranan kaum wanita.

“Malah, kaum wanita masa kini sudah mula menunjukka­n bahawa kita bukan sahaja mampu berdikari tetapi kita juga mampu membina empayar kita sendiri,” katanya.

Menurut Nancy lagi, sempena Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW 2018) yang telah dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ‘Wanita Gemilang’ telah dipilih sebagai slogan.

Tegasnya, permerkasa­an wanita akan memberi penekanan kepada lima kluster selaras dengan Dasar Wanita Negara iaitu Kluster Wanita dan Kesihatan (Gaya Hidup, Kecantikan dan Sukan), Kluster Wanita dan Keselamata­n, Kluster Wanita dan Ekonomi, Kluster Wanita dan Pendidikan (Latihan dan Pembanguna­n Kapasiti) dan Kluster Wanita dan Budaya (Kesenian dan Media).

“Justeru, saya berharap pucuk pimpinan baharu PPWS bagi sesi 2018-2020 mengambil peluang yang disediakan kerajaan untuk terus memperkaya­kan golongan wanita di negeri ini,” ujarnya.

 ??  ?? APA KHABAR: Nancy beramah mesra dengan ahli Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak.
APA KHABAR: Nancy beramah mesra dengan ahli Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia