Utusan Borneo (Sarawak)

Fokus kepada peluang, teruskan agenda pembanguna­n, kata Uggah

-

BETONG: Rakyat disaran lebih fokus untuk mengambil peluang yang terhidang dan turut serta dalam meneruskan agenda pembanguna­n di negeri ini agar seiring dengan kemajuan negara yang memaksa kita bertindak pantas dan cekap mengurus sesuatu perkara.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menegaskan rakyat tidak seharusnya hanya mengharapk­an bantuan tanpa usaha memajukan diri dan berfikiran positif ke arah kemajuan masyarakat.

Menurutnya, kerajaan menggarisk­an pelbagai usaha dan agenda dalam perancanga­n yang lebih berkesan agar rakyat dapat menerima dan turut serta dalam polisi dan dasar kerajaan.

“Dengan sokongan yang kerajaan berikan dan pengiktira­fan teknologi terkini serta pelbagai polisi yang dibangunka­n maka tidak ada sebab untuk rakyat menidakkan kemampuan kerajaan yang memberi kemudahan untuk sama-sama mengiktira­f teknologi dengan lebih berdaya saing.

“Sumber yang ada menjadikan kemampuan untuk kita bekerja lebih kuat, mer- ancang ekonomi dan melonjakka­n pendapatan keluarga masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Memperkasa­kan Keusahawan­an Wanita DUN N36 Layar dan N37 Bukit Saban di Dewan Sukan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong di sini, kelmarin.

Tambahnya, dalam memperkasa kaum wanita untuk terus menjadi tonggak institusi kekeluarga­an, penglibata­n dalam pelbagai bidang harus diberi pengiktira­fan yang lebih berfokus dan memerlukan keyakinan diri yang tinggi.

“Program yang dianjurkan mencipta lebih keyakinan dan memberi peluang untuk kaum wanita meneruskan langkah positif dalam menjana pendapatan keluarga masing-masing.

“Dalam pada itu, saya mahu perkongsia­n seminar kali ini akan membawa hasil positif kepada kaum wanita dalam kalangan exco Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke arah keberkesan­an program,” ujarnya.

Dalam perkembang­an lain, Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, Layar dan Bukit Saban mempunyai kawasan lebih 20,000 hektar yang sebahagian­nya masih belum dimajukan tetapi akan dilaksanak­an dengan pelbagai perancanga­n.

“Antara perancanga­n kerajaan yang telah dipersetuj­ui untuk dimajukan ialah penanaman durian, nanas dan kelapa bagi memenuhi keperluan tempatan.

“Dalam pada itu, kerajaan juga ingin memastikan setiap inci tanah adat diusahakan dengan hasil yang dapat menjana pendapatan mengun- tungkan kerana itulah lubuk kekayaan,” ujarnya.

Sementara itu, jentera Barisan Nasional (BN) diarah untuk terus bekerja kuat untuk memastikan sokongan tidak berbelah bahagi rakyat kepada kepimpinan.

“Jangan kita mudah terperdaya dengan dakyah pembangkan­g yang hanya ingin meraih sokongan dengan pelbagai janji yang diberi namun tidak dilaksanak­an,” tambahnya.

Turut hadir pada majlis tersebut isteri beliau Datin Amar Doreen Mayang, ADUN Layar Gerald Rentap Jabu dan isterinya Rosemary Wong, Penasihat Sains Negeri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan isterinya Tan Sri Empiang Jabu, bekas ADUN Bukit Saban Robert Lawson Chuat, Residen Betong Friday Belik, setiausaha politik serta ketua jabatan dan masyarakat.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Uggah dan barisan kenamaan lain bergambar bersama peserta seminar kelmarin.
UNTUK ALBUM: Uggah dan barisan kenamaan lain bergambar bersama peserta seminar kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia