Utusan Borneo (Sarawak)

Penekanan pemerkasaa­n pendapatan menerusi ekonomi digital tepat: Salleh

-

KUCHING: Penekanan terhadap pemerkasaa­n pendapatan menerusi ekonomi digital Sarawak oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg disifatkan bertepatan dengan arus peredaran zaman berteknolo­gi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata pendekatan itu bakal melonjakka­n Sarawak menjadi negeri termaju di Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Mengulas l anjut, katanya sebelum ini penekanan dibuat terhadap prasarana jalan raya dan utiliti.

Namun kini, ia menjurus kepada kemudahan dan penambahba­ikan sistem capaian Internet dan teknologi tinggi.

“Kalau dahulu kita fokus kepada pembanguna­n kemudahan jalan raya, bekalan elektrik dan air.

“Tetapi kini beralih kepada prasarana Internet kerana rakyat mahu bukan sahaja soal liputan malahan capa- ian kelajuan Internet, “katanya.

Sehubungan itu, Salleh berkata tiada sebab kenapa rakyat Sarawak tidak bersama kerajaan sedia ada.

Menjelaska­n perkara itu, katanya matlamat kepimpinan negeri yang diketuai Abang Johari untuk membuka peluang pekerjaan dan memperkasa­kan taraf ekonomi rakyat serta mempertaha­nkan hakhak negeri.

S e m e n t a r a i t u , Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian menggesa semua parti komponen Barisan Nasional ( BN) menumpukan sepenuh perhatian dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) dengan kejayaan besar.

“Gunakan peluang ini ( PRU14) untuk memastikan kemenangan BN, kita mesti ubah kali ini.

“Kita tidak mahu politik ‘ tengok sahaja’ terus berlaku di kawasan mereka ( pembangkan­g),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia