Utusan Borneo (Sarawak)

Ia merupakan perancanga­n besar untuk pembanguna­n negeri ini, kata Abang Johari

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg bakal mengumumka­n laluan sistem Transit Aliran Ringan ( LRT) Sarawak pada 29 Mac ini.

Mendedahka­n perkara itu beliau berkata ia merupakan perancanga­n besar untuk pembanguna­n negeri ini.

“Saya tidak bohong dan ini (pembinaan LRT) bukan politik semata-mata.

“Pada 29 Mac ini saya akan umumkan laluan LRT yang akan dibangunka­n di Sarawak,” katanya pada Program Harmony Nite di Kota Sentosa Square di sini malam kelmarin.

Hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Apa yang penting, kerajaan sentiasa melaksanak­an pelan pembanguna­n untuk Sarawak namun ia harus melalui fasa perancanga­n teliti.

“Kita mesti tahu kereta api jenis apa yang dapat digunakan, enjin, kapasiti dan sebagainya, ini semua perlu melalui perancanga­n.

“Tetapi ada pihak mengatakan itu (rancangan pembinaan LRT) hanyalah ‘hot air’, kelak bila sudah siap (LRT), dia juga yang naik,” ujarnya.

Abang Johari menegaskan bahawa kerajaan melakukan pembanguna­n demi rakyat Sarawak dan bukan hanya bercakap kosong semata-mata.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menegaskan ba-

Saya tidak bohong dan ini (pembinaan LRT) bukan politik sematamata. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

hawa pembanguna­n di pekan Batu Tujuh suatu ketika dahulu merupakan hasil usaha pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak.

“Kita telah bawa pembanguna­n di kawasan ini dan sekitarnya sehingga ada pusat beli-belah dan kini dikenali sebagai Kota Sentosa.

“Malah kita juga membangunk­an Kuching Sentral dan kini sedang merancang pembinaan Terminal Penerbanga­n Tambang Murah ( LCCT) dengan kerjasama AirAsia,” ujarnya.

Pada majlis anjuran Jabatan Penerangan itu, Abang Johari turut mengumumka­n perun- tukan RM7 juta sebagai geran tahunan untuk membantu sekolah Cina di negeri ini pada 2018.

Selain itu beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk disalurkan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Sam Hap Hin, Kota Sentosa bagi proses baik pulih infrastruk­tur di sekolah tersebut.

 ??  ?? RASMI: Abang Johari bersama Salleh dan Dr Sim ketika menyempurn­akan perasmian Program Harmony Nite di Kota Sentosa.
RASMI: Abang Johari bersama Salleh dan Dr Sim ketika menyempurn­akan perasmian Program Harmony Nite di Kota Sentosa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia