Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan Batang Sadong misalnya, buka banyak peluang ekonomi kepada penduduk tempatan

- Oleh Rusnan Mustafa

SIMUNJAN: Program Transforma­si Nasional (NTP) berjaya mengubah kehidupan rakyat dan meningkatk­an sosioekono­mi mereka terutama di kawasan pesisir, luar bandar dan pedalaman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, mengambil contoh Jambatan Batang Sadong yang siap dua tahun lalu, ia telah membuka banyak peluang ekonomi kepada penduduk tempatan.

Beliau memberitah­u, ia memudahkan penduduk kawasan pesisir yang kebanyakan­nya nelayan dan petani memasarkan produk pertanian dan perikanan untuk menjana pendapatan tetap.

“Malah, golongan wanita tempatan kebanyakan­nya mengusahak­an industri kampung seperti keropok kini lebih mudah menjual produk mereka ke pasaran sekitar kawasan ini sejak siapnya jambatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan kunjungan pada Program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Batang Sadong di Dewan Mesra Simunjan semalam.

Pada masa sama Nancy berkata, golongan belia tidak juga dilupakan dan kerajaan memberi pelbagai latihan dan kemudahan bagi mereka menceburi ekonomi digital melalui pemasaran produk dan perkhidmat­an secara dalam talian.

Menyentuh mengenai Program Jualan Sentuh Rakyat, beliau memberitah­u ia akan diteruskan sehingga Jun tahun ini di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Batang Sadong.

“Jika Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), mungkin program ini dapat kita teruskan pada masa akan datang,” tambahnya.

Beliau berkata, program itu bertujuan mengurangk­an beban rakyat terutama di luar bandar kerana harga barangan yang dijual adalah 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

“Ini sekali gus menepis dakwaan pihak tertentu yang mendakwa kerajaan tidak membantu rakyat terutama di luar bandar,” ujarnya.

Program selama tiga jam yang merupakan anjuran bersama Ahli Parlimen BN, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an itu mendapat sambutan hangat penduduk.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? MERIAH: Nancy ditemani Awla sempat meninjau suasana Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018 di Dewan Mesra Simunjan semalam.
MERIAH: Nancy ditemani Awla sempat meninjau suasana Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018 di Dewan Mesra Simunjan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia