Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaatkan geran MRP, jangan salah guna untuk tujuan peribadi

-

MIRI: Geran projek kecil luar bandar (MRP) yang diberikan setiap tahun perlu dimanfaatk­an dan tidak disalah guna untuk tujuan peribadi, tegas Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Meskipun geran (MRP) yang disalurkan tidak mencukupi, namun ia tidak bermaksud kerajaan menafikan hak rakyat untuk memohon bantuan kewangan.

Setiap tahun kerajaan memperuntu­kkan MRP untuk rakyat menjalanka­n aktiviti, tegasnya.

“Tahun lepas sahaja hampir 800 persatuan dan jawatankua­sa memohon geran MRP, namun kerajaan tetap menyalurka­n bantuan kewangan meskipun tidak memenuhi jumlah sebenar yang dipohon,” katanya di sini, semalam.

Jumlah itu katanya, sekurangku­rangnya dapat meringanka­n beban persatuan atau jawa- tankuasa untuk menganjurk­an aktiviti sosial, komuniti mahupun ekonomi.

“Kita mahu semua penerima geran ini memanfaatk­an bantuan kewangan ini untuk menganjurk­an aktiviti yang dapat meningkatk­an perpaduan dan kualiti hidup masyarakat,” katanya.

Terdahulu, Lee menyampaik­an geran MRP kepada 24 persatuan dan jawatankua­sa dengan jumlah keseluruha­n RM169,500.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa mereka yang telah menerima MRP perlu menunaikan cek geran mengikut bank yang didaftarka­n mereka.

“Ada sesetengah penerima tidak menunaikan cek hingga ia tamat tempoh dan kita terpaksa memulakan semula proses pengagihan MRP,” jelasnya.

Hadir sama menyaksika­n penyerahan geran MRP berkenaan ialah Pegawai Khasnya Erick Chin.

 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Lee (enam kanan) bergambar bersama penerima cek selepas menyampaik­an geran MRP di pejabatnya semalam.
UNTUK RAKYAT: Lee (enam kanan) bergambar bersama penerima cek selepas menyampaik­an geran MRP di pejabatnya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia