Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah Mendali lokasi pertama Program Karnival KEMAS 4U Semarak Desa

- Oleh Frankie Junau

LIDONG (Betong): Rumah Mendali Buyung Panjai, Bangat melakar sejarah apabila menjadi lokasi pertama Program Karnival KEMAS 4U Semarak Desa Peringkat Negeri Sarawak.

Program anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Lubok Antu tersebut telah dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa.

Majlis turut dihadiri Timbalan Pengarah KEMAS Negeri Sarawak Joseph Unsung.

Dr Rayong ketika ucapan perasmian berkata, program tersebut sangat baik dalam merakyatka­n perkhidmat­an kerajaan bersama rakyat.

Ia katanya, telah membawa dan menawarkan perkhidmat­an kerajaan yang jauh lebih berkesan kepada kumpulan sasar melalui aktiviti KEMAS serta kerjasama strategikn­ya dengan golongan sasaran.

“Program Karnival 4U ini secara tidak langsung membantu mempromosi­kan program dan aktiviti KEMAS serta kerjasama strategik agensi dan jabatan kerajaan peringkat tempatan.

“Ia juga meningkatk­an keberkesan­an sistem penyampaia­n kerajaan terutama membabitka­n golongan sasar di luar bandar dengan melibatkan mereka dengan pelbagai agensi kerajaan termasuk swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” ujarnya.

Tambah Dr Rayong lagi, ia berupaya memperluas­kan akses dan mencipta peluang pendidikan, perniagaan dan pekerjaan kepada pelbagai peringkat umur.

“Malah jika dilihat lebih terperinci, program anjuran KEMAS kali ini landasan untuk mengukuh serta mempererat hubungan silaturahi­m selain menyemarak semangat kerjasama antara rakyat, pemimpin dan kera- jaan pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN),” katanya.

Ia juga katanya, selari dengan misi dan visi kerajaan negeri di bawah pentadbira­n Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang begitu komited memperjuan­g hak Sarawak yang sebelum ini terhakis oleh pemimpin pusat sebelum ini serta mengajak rakyat menguasai ekonomi digital.

“Kita melihat peranan KEMAS kini sudah jauh berubah daripada hanya menumpukan kepada pendidikan awal kanak-kanak kepada peranan lebih besar antaranya menggalak golongan sasar terutama wanita menceburi bidang kraf tangan, masakan, berniaga kecil-kecilan dan sebagainya.

“Dari itu, ia akan mengangkat pendapatan ekonomi sesebuah keluarga agar visi kerajaan yang mahu melihat rakyat berpendapa­tan lebih RM4,000 sebulan menjelang 2020 tercapai,” katanya.

Dalam pada itu, Joseph yang turut berucap berkata Rumah Mendali menjadi lokasi pertama penganjura­n karnival kali ini.

“Terdapat 10 karnival serupa telah dirancang, yang akan diadakan di seluruh Sarawak dan Rumah Mendali sangat bertuah kerana KEMAS Lubok Antu telah menjadikan ia lokasi pertama karnival yang mendapat kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, RELA, klinik kesihatan serta penghuni rumah panjang,” katanya.

Padamajlis­sama, DrRayong turut menyampaik­an geran MRP bernilai RM10,000 kepada ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Mendali.

Turut hadir Pegawai Tadbir Sarawak Daerah Lubok Antu Brin Munsang, Pegawai KEMAS Daerah Lubok Antu Marinda Steward, PGB1 Henri Jugah, Pegawai RELA Daerah Lubok Antu Mohd Syazwan Al-Amin, Pegawai Perubatan PKB Betong Indra Safri Khusairi, Peng- hulu Betuk Tubi, Penghulu Nyambong Maweng, para kaunselor, tuai rumah serta hadirin dari sekitar Lidong, Skrang Ili, Betong dan Engkilili.

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Dr Rayong berjabat tangan dengan hadirin yang menanti ketibaan beliau. Turut kelihatan Merali, Brin dan Joseph (sedikit terlindung) sebaik tiba pada Program Karnival KEMAS 4U Semarak Desa di Rumah Mendali, Lidong semalam.
SELAMAT DATANG: Dr Rayong berjabat tangan dengan hadirin yang menanti ketibaan beliau. Turut kelihatan Merali, Brin dan Joseph (sedikit terlindung) sebaik tiba pada Program Karnival KEMAS 4U Semarak Desa di Rumah Mendali, Lidong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia