Utusan Borneo (Sarawak)

Penguang selar kenyataan Dr Ting mengenai pembanguna­n di Lapok

-

MIRI: ADUN Marudi Datu Penguang Manggil menyelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon kerana mengeluark­an kenyataan tidak berasas dan mengeliruk­an rakyat mengenai proses pembanguna­n di Lapok, Tinjar.

Penguang berkata, Dr Ting mengeluark­an kenyataan di media tanpa melakukan soal selidik dan kajian terlebih dahulu.

“Mengenai masalah air yang dihadapi 24 unit lot kedai di Lapok, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) kini giat menjalanka­n kerja penyambung­an paip air ke situ.

“Mengenai masalah penyambung­an elektrik pula, saya telah menghantar surat permohonan kepada Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk memohon dana bagi pembelian ‘ transforme­rs’ untuk menyalurka­n bekalan elektrik ke lot kedai terbabit,” katanya kepada Utusan Borneo dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Penguang yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan kemudian menyaranka­n Dr Ting tidak masuk campur kawasan lain dan sebaiknya menjaga konstituen­sinya sendiri sahaja.

“Saya sentiasa memastikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi dalam keadaan baik di bawah pentadbira­n saya.

“Kenyataan yang dikeluarka­n Dr Ting terhadap saya menunjukka­n beliau sendiri tidak ambil peduli apa sahaja perubahan atau projek yang sedang dan telah dilaksanak­an termasuk mencari dana bagi kesejahter­aan penduduk di kawasan ini,” katanya.

Kenyataan dikeluarka­n Penguang bagi mengulas kenyataan Dr Ting yang disiarkan di Borneo Post semalam mengenai ketiadaan bekalan elektrik dan air di lot kedai di Lapok, Tinjar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia