Utusan Borneo (Sarawak)

PBB Pantai Damai telah mengaktifk­an bilik gerakan

-

KUCHING: Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi barubaru ini mempengeru­sikan mesyuarat jentera Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) bersama ketua-ketua pusat tempat mengundi bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.4 Pantai Damai.

Menurut Dr Rahman, tujuan mesyuarat itu diadakan untuk memperkema­skan gerak kerja bagi persiapan PRU14.

“Untuk makluman, kami (PBB Cawangan N.4 Pantai Damai) telah mengaktifk­an bilik gerakan masing-masing.

“Semua jentera di peringkat Pusat Tempat Mengundi telah menjalanka­n kerja-kerja mengesan pengundi melalui daftar pemilih,” katanya di sini, baru-baru ini.

Dr Rahman berkata, Dewan Undangan Negeri ( DUN) Pantai Damai mempunyai 12 Pusat Daerah Mengundi manakala Pusat Tempat Mengundi sebanyak 17.

Gerak kerja bagi menghadapi PRU14 katanya, sudah dijalankan awal sebelum pembubaran Parlimen.

Beliau berkata, ketua-ketua Pusat Tempat Mengundi diketuai ahli jawatankua­sa (AJK) PBB Peringkat Cawangan N.4 Pantai Damai.

“Kita juga telah mengaktifk­an kesemua 17 jentera PRU peringkat Pusat Tempat Mengundi.

“Sekarang kita sudah bersedia sepenuhnya dan hanya menunggu ‘gendang dipalu’ menandakan pilihan raya diadakan.

“Malah, kesemua jentera kita di peringkat cawangan telah diberi motivasi untuk menambah keyakinan menghadapi serangan isu-isu daripada pihak pembangkan­g,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai.

 ??  ?? BERSEDIA: Dr Rahman bergambar kenangan semasa mesyuarat jentera PRU14 bersama ketua-ketua pusat tempat mengundi bagi PBB Cawangan N.4 Pantai Damai di Kuching, baru-baru ini.
BERSEDIA: Dr Rahman bergambar kenangan semasa mesyuarat jentera PRU14 bersama ketua-ketua pusat tempat mengundi bagi PBB Cawangan N.4 Pantai Damai di Kuching, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia