Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi muda tidak perlu bergantung kepada pekerjaan dalam sektor kerajaan

-

MIRI: Generasi muda tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada pekerjaan dalam sektor kerajaan sebaliknya mereka harus berfikiran terbuka dengan merebut peluang dalam sektor swasta.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata mereka harus berani dan bijak dengan menimba pengetahua­n dan pengalaman di sektor swasta terlebih dahulu.

“Pada masa kini ramai pelajar bergraduan dalam jurusan tidak diiktiraf oleh kerajaan, pen- didikan atau badan profesiona­l menyebabka­n agensi kerajaan tidak dapat mengambil mereka bekerja.

“Namun, peluang terbentang luas sekiranya golongan muda tidak terlalu mengharapk­an pekerjaan dalam sektor kerajaan. Saya percaya, pada masa kini jangan bergantung sangat (kepada kerja kerajaan) kerana peluang terhad,” katanya.

Penguang berkata demikian ketika menjawab soalan pelajar tajaan biasiswa, Benjamin Malaysia semasa sesi soal jawab pada Forum Townhall Jasa Jelajah Akar Umbi untuk Parlimen Baram di Dewan Masyarakat Beluru, Bakong.

Beliau menambah, meskipun peluang pekerjaan untuk graduan lemah penguasaan bahasa Inggeris terhad namun masih ada syarikat dapat menyediaka­n peluang pekerjaan untuk mereka.

Sementara itu, Ahli Panel JASA merangkap Pengarah Komunikasi Strategik Tun Faisal Ismail Aziz berkata tidak dapat dinafikan generasi muda kini menghadapi kesukaran mendapat pekerjaan.

Justeru, kerajaan mengambil pendekatan termasuk mewujudkan program Sistem Latihan 1Malaysia ( SL1M) membolehka­n mereka mengikuti latihan bidang diperlukan dan mendapat pekerjaan.

Selain itu, latihan keusahawan­an bagi menggalakk­an mereka menceburi bidang perniagaan khususnya perniagaan dalam talian.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau dan Ketua JASA Bahagian Miri Lukanisman Awang Sauni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia