Utusan Borneo (Sarawak)

Belia wajar ikuti program tingkatkan jati diri: Abdullah

-

MUKAH: Golongan belia disaran meningkatk­an jati diri mereka dengan mengikuti pelbagai program bermanfaat yang dianjurkan.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata, mereka harus percaya kemampuan diri dalam menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

“Golongan belia harus percaya kemampuan diri sendiri dan menyumbang balik sesuatu terhadap masyarakat sekeliling,” katanya pada Majlis Makan Malam SABERKAS Cawangan Semop di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, melalui program anjuran SABERKAS, mereka dididik untuk ambil peduli perkara di sekeliling terutama menyentuh tentang kemasyarak­atan.

Beliau memberi contoh, Program Ziarah Kasih yang diadakan setiap tahun oleh SABERKAS Semop banyak membantu mereka menyelami permasalah­an dialami masyarakat sekitar.

Melalui program seperti itu juga katanya, sedikit sebanyak masyarakat sekeliling dapat dibantu mengikut pertimbang­an ahli SABERKAS.

Pada masa sama, beliau turut menyeru para belia menunjukka­n kemampuan diri dalam pelbagai lapangan melalui prestasi bidang masing-masing.

“Saya percaya para belia mampu tunjuk bukti kejayaan dan jadi contoh kepada belia-belia di kawasan lain,” katanya yang juga setiausaha agung SABERKAS Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semop.

Majlis makan malam berk- enaan merupakan salah satu pengisian Program Pemukiman Belia SABERKAS Cawangan Semop.

Sekitar 100 peserta mengikuti program itu yang meliputi 15 unit SABERKAS Cawangan Semop berasaskan program keusahawan­an serta kepimpinan yang diadakan selama tiga hari mulai Jumaat di Mukah.

Selain majlis makan malam, turut diadakan persembaha­n nyanyian, sesi karaoke dan cabutan bertuah.

 ??  ?? TAHNIAH: Abdulah (kanan) menyerahka­n hadiah utama cabutan bertuah kepada penerima pada Majlis Makan Malam SABERKAS Cawangan Semop malam kelmarin.
TAHNIAH: Abdulah (kanan) menyerahka­n hadiah utama cabutan bertuah kepada penerima pada Majlis Makan Malam SABERKAS Cawangan Semop malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia