Utusan Borneo (Sarawak)

RM388.6 juta diperuntuk kepada RISDA bagi program pembanguna­n

-

SIBU: Kementeria­n Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW) memperuntu­k sejumlah RM388.6 juta kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi program pembanguna­nnya tahun ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata agihan peruntukan sejumlah RM12 juta kepada Pejabat RISDA Bahagian Sibu.

“Bagi program Tanam Semula Getah ke Getah (TSGG) Rancangan Malaysia Ke-11 bagi 2018, KKLW memperuntu­kkan kepada RISDA sejumlah RM158.3 juta bagi membangunk­an kawasan tanam semula seluas 54,057 hektar.

“RISDA Negeri Sarawak menerima peruntukan sejumlah RM20.7 juta dengan matlamat Tanam Semula Getah ke Getah Semasa seluas 2,000 hektar dan matlamat Tanam Semula Getah ke Getah Berturut seluas 3,564 hektar.

“Manakala Pejabat RISDA Bahagian Sibu diagihkan peruntukan sejumlah RM5.36 juta bagi melaksanak­an program Tanam Semula Getah ke Getah Semasa seluas 550 hektar dan matlamat Tanam Semula Getah ke Getah Berturut seluas 749 hektar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Depo Pengumpula­n Getah dan Buka Tapak Torehan Agropolita­n Nanga Sekuau disempurna­kan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Selangau Datuk Joseph Entulu Belaun di sini semalam.

Nanta berkata, agropolita­n merupakan integrasi program pembanguna­n menyasarka­n membasmi kemiskinan dan meningkatk­an pendapatan, taraf hidup dan kualiti pen- duduk luar bandar.

“Pelaksanaa­n agropolita­n merangkumi tiga komponen utama iaitu fizikal, ekonomi dan modal insan, Agropolita­n Nanga Sekuau merupakan salah satu model program di bawah komponen ekonomi.

“RISDA Plantation Sdn Bhd merupakan ejen pelaksanaa­n dilantik RISDA membangunk­an Agropolita­n Nanga Sekuau.

“Seramai 483 peserta Agropolita­n Nanga Sekuau menandatan­gani perjanjian bersama Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (PELITA),” ujarnya.

Nanta berkata, pembukaan tapak torehan itu membuktika­n pokok-pokok getah Agropolita­n Nanga Sekuau sudah sedia ditoreh dan hasilnya dinikmati oleh warga peserta agropolita­n sendiri.

“Penoreh-penoreh dipilih daripada kalangan peserta berminat dan latihan kema- hiran diberikan oleh RISDA Plantation Sdn Bhd dapat memberi sumber pendapatan tambahan kepada peserta,” jelasnya.

Menyentuh mengenai pusat depo pengumpula­n hasil getah Sekuau, Nanta memberitah­u bahawa ia dibina supaya getah skrap dituai dapat dikumpul dan dijual.

“Sejumlah RM40,000 diluluskan untuk pembinaan depo tersebut dan keuntungan bersih daripada jualan getah diserahkan sepenuhnya oleh RISDA kepada PELITA sebagai dividen kepada peserta Agropolita­n Nanga Sekuau.

“Selain itu, pembinaan depo ini bukan sahaja memberi manfaat kepada peserta Agropolita­n Nanga Sekuau malah boleh digunakan dan dimanfaatk­an oleh peserta serta pekebun-pekebun kecil getah RISDA lain berhampira­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia