Utusan Borneo (Sarawak)

Setiap kaum perlu bangga dengan tradisi masing-masing, kata Lee

-

MIRI: Masyarakat setempat diingatkan untuk berbangga dengan tradisi kaum masingmasi­ng dengan mengekal dan memartabat­kannya.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, setiap kaum mempunyai tradisi yang memberi makna tersendiri.

“Jangan rasa malu dengan tradisi yang kita ada, sebaliknya kita perlu berbangga kerana kita di sini bukan sahaja mempunyai pelbagai kaum, malah kaya dengan pelbagai tradisi setiap kaum.

“Tradisi adalah lambang kebudayaan kita yang perlu dipelihara dan dikekalkan,” jelasnya.

ADUN Senadin itu berkata demikian pada malam Pengelandi­k Adat Main Asal Bangsa Iban sempena Pekit Keling & Kumang Raban Ngepan Iban ( RNI) 2018 anjuran Persatuan Pengusaha Pakaian Tradisiona­l Iban Miri (Raban Ngepan Iban) di Bintang Megamall Miri, kelmarin.

Hadir sama ialah Pembantu Khasnya Erick Chin, Presiden Persatuan Pengusaha Pakaian Tradisiona­l Iban Miri (Raban Ngepan Iban) Steven Abas serta tetamu lain.

Menurut Lee, pelbagai tradisi yang ada di negeri ini turut boleh dijadikan sebagai tarikan pelanconga­n.

Katanya, ia adalah antara keunikan yang menarik pelancong luar untuk datang ke Sarawak bagi melihat secara dekat budaya masyarakat pelbagai kaum.

Mengulas mengenai program berkenaan, Lee memberi sokongan penuh terhadap aktiviti sedemikian yang bukan sahaja menjadi tarikan tempatan, tetapi juga aktiviti sihat yang melibatkan kebudayaan.

“Saya sentiasa menyokong aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat, terutama aktiviti yang meli- batkan kebudayaan.

“Daripada aktiviti inilah kita dapat mempromosi­kan tradisi kaum khasnya masyarakat Iban yang sememangny­a kaya dengan adat atau tradisi sejak nenek moyang lagi,” tambahnya.

Pada majlis berkenaan, Lee turut menyampaik­an peruntukan RM15,000 bagi kegunaan penganjura­n aktiviti persatuan terbabit.

Terdahulu, Steven dalam ucapannya memberitah­u, program merupakan antara aktiviti yang diselitkan sempena pertanding­an Keling Kumang Raban Ngepan Iban 2018 Peringkat Negeri Sarawak yang akan dilangsung­kan pada 14 April depan di Dewan Suarah Miri.

Katanya, majlis tersebut bertujuan menguji pengetahua­n para peserta mengenai adat asal masyarakat Iban, selain memperkena­lkan diri serta sebagai persiapan menjelang pertanding­an sebenar kelak.

“Ini merupakan penganjura­n kali ketiga di mana kita telah mengadakan pemilihan keling dan kumang di seluruh Sarawak.

“Menerusi pemilihan terbabit, seramai sembilan keling dan 14 kumang terpilih sebagai finalis untuk berentap merebut gelaran Keling dan Kumang Raban Ngepan Iban 2018,” katanya.

Sementara itu, malam berkenaan menyaksika­n para peserta diberi tempoh enam minit setiap seorang untuk persembaha­n masing-masing dalam pengetahua­n mengenai adat asal Iban yang diadili para juri.

Dua pemenang keling dan kumang masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM500, selempang, trofi dan jambangan bunga.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Lee merakam kenangan bersama para peserta Pekit Keling dan Kumang Raban Ngepan Iban 2018 yang bakal berentap pada 14 April depan di Dewan Suarah Miri.
UNTUK ALBUM: Lee merakam kenangan bersama para peserta Pekit Keling dan Kumang Raban Ngepan Iban 2018 yang bakal berentap pada 14 April depan di Dewan Suarah Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia