Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat diharap bersabar dengan perubahan landskap pembanguna­n di Serian

-

KUCHING: Kerajaan berharap rakyat di bahagian Serian bersabar dan faham akan perubahan landskap pembanguna­n bersifat sementara di bahagian berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus berkata kesesakan dan sedikit kerosakan terhadap sistem paip di situ adalah bersifat sementara.

“Memang kami kerap menerima aduan kerana sistem paip sering tidak ada air, tetapi pihak kontraktor dan kami telah berbincang.

“Saluran paip yang sebelum ini pecah telah dibaiki dan paip sementara tersebut disambungk­an tetapi bukan di tempat penyambung­an lama.

“Pihak kontraktor yang membina lebuh raya pada masa itu cuba membuat lencongan dan secara tidak sengaja mengorek bahagian yang terdapat sistem paip,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah ILP Serian.

Pihak kontraktor sedang melakukan yang terbaik dan kita telah beberapa kali mengadakan mesyuarat sebelum ini.

Mereka sememangny­a mengakui ada beberapa perkara yang merumitkan pihak kontraktor iaitu mereka tidak tahu di mana sebenarnya kedudukan paip berkenaan.

Beliau juga tidak menyangkal bulatan Serian mengalami kesesakan pada waktu puncak dan ramai yang merungut.

Justeru beliau percaya pengguna jalan raya di Serian berupaya mencari jalan alternatif yang katanya agak jauh tetapi lebih selamat.

John juga mengalakka­n pengguna jalan raya di Serian berkongsi kereta sekiranya tempat yang ditujui sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia