Utusan Borneo (Sarawak)

Jerayawara PRODR TEGAS mampu promosikan STEM

-

MUKAH: Jerayawara Project Of Dreams Realized (PRODR) mampu mempromosi­kan bidang Sains. Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi berkata,Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) sedar hanya bidang itu dapat membantu negeri ini menjadi negeri termaju menjelang 2030.

“Sekarang didapati hanya 19 peratus golongan belia menjurus dalam bidang STEM, sedangkan kita sebenarnya memerlukan sekurang-kurangnya 40 peratus,” katanya pada perasmian Jerayawara PRODR Tegas 2018 di Mukah semalam.

Menurutnya, hanya bidang itu mampu memenuhi tenaga kerja diperlukan dalam segenap lapangan pembanguna­n di negeri ini dan situasinya kini kritikal.

Yakub yang juga Ahli Lembaga Pengarah Tegas memberitah­u, antara contoh tenaga kerja diperlukan dalam bidang STEM selain teknik dan vokasional adalah dalam Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE).

Justeru, peranan untuk menyedarka­n pelajar serta belia kepentinga­n menjurus dalam bidang STEM harus digandingk­an bukan sahaja melalui kerajaan, malah institusi pendidikan, ibu bapa serta masyarakat setempat.

Jerayawara pendidikan serta kerjaya terbesar di Sarawak itu katanya, antara lain turut mempromosi­kan STEM dalam kalangan pengunjung.

Di samping itu, TEGAS turut mempromosi­kan bidang STEM melalui pelbagai program lain anjurannya dari semasa ke semasa, tambahnya.

Jerayawara PRODR Tegas kali ini adalah yang keempat setelah pertama kali diadakan pada 2015.

Sebanyak 45 pempamer terdiri daripada pelbagai institusi pendidikan dan kerjaya menyertai jerayawara berkenaan yang menyasarka­n pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM). LIMBANG: Kerajaan pusat diminta meluluskan segera cadangan pembinaan kuarters kediaman baharu bagi kakitangan polis daerah Limbang, sekali gus menggantik­an kuarters lama berusia lebih 40 tahun yang semakin usang dan tidak lagi selesa didiami.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata, permohonan itu pernah disuarakan­nya sebelum ini dalam persidanga­n Dewan Rakyat.

Beliau berkata, pihaknya memahami rintihan dan aduan anggota polis yang berdepan masalah kediaman yang bocor, usang dan perlu dibina baharu.

“Saya pernah menyuaraka­n permohonan itu dalam sesi Dewan Rakyat sebelum ini.

“Permohonan itu akan saya bawa dan disuarakan di Parlimen pada sesi pembentang­an bajet tambahan esok (Isnin),” katanya ketika ditanya media mengenai permohonan kuarters kediaman baharu anggota polis semalam.

Hasbi ditemui selepas sambutan Hari Polis Ke-211 di Ibu Pejabat POlis Daerah (IPD) Limbang semalam.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai, Wakil Residen Limbang Hamidah Halpi, Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kauselor Sufian Mohat, Timbalan Ketua Polis Limbang DSP Tega Bilong, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Cawangan Limbang Asiah Hasan, ketua jabatan kerajaan dan pegawaipeg­awai kanan polis.

Hasbi berkata, tapak baharu bagi projek itu sudah dikenal pasti di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang baharu.

“Kita bercadang untuk membina kuarters kediaman anggota polis yang baharu di tapak baharu berdekatan IPD baharu.

“Pada masa ini, kuarters lama polis agak usang, mengalami masalah kebocoran bumbung dan tidak lagi selesa untuk didiami,” katanya.

Sebelum ini, permohonan sama pernah disuarakan Mohd Bukhori bahawa polis Limbang amat memerlukan sebuah kediaman baharu yang lebih selesa dan mempertimb­ang pembanguna­nnya dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

“Penyelesai­an terbaik adalah untuk membangunk­an semula kediaman polis di daerah ini untuk dimasukkan dalam RMK11.

“Apa yang penting adalah kompleks pejabat yang selesa, anggota dan keluarga polis dapat duduk dalam tempat tinggal yang lebih kondusif dan tumpuan tugasan akan lebih cekap,” katanya.

Beliau memberitah­u lagi, sekitar 50 peratus daripada lebih 200 anggotanya mendiami kuarters lama terbabit.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Mohd Bukhori (dua kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Hasbi, disaksikan Tega (kanan) dan pegawai polis lain.
TERIMA KASIH: Mohd Bukhori (dua kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Hasbi, disaksikan Tega (kanan) dan pegawai polis lain.
 ??  ?? SAHUT SERUAN: Yakub (kiri) ketika simbolik perasmian Jerayawara PRODR Tegas 2018 di Mukah semalam.
SAHUT SERUAN: Yakub (kiri) ketika simbolik perasmian Jerayawara PRODR Tegas 2018 di Mukah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia