Utusan Borneo (Sarawak)

Program keusahawan­an buka peluang perniagaan kepada penduduk

-

DEBAK: Kewujudan program bercorak keusahawan­an membuka peluang perniagaan kepada penduduk sekitar Debak menambah pendapatan masing-masing sekali gus menjana ekonomi rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam berkata penganjura­n pasar tani dan Debak Uptown merupakan inisiatif pembanguna­n dan berkesan sekiranya diambil peluang oleh semua pihak.

“Dengan adanya dua program digabungka­n iaitu pasar tani dan Debak Uptown kita mampu mencipta suasana meriah di pekan kecil Debak meskipun penganjura­nnya diadakan sebulan sekali.

“Saya percaya program itu menjadi laluan mengangkat daerah kecil ini menjadi salah sebuah penempatan berdaya saing suatu hari nanti,” katanya mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas melancarka­n Pasar Tani Debak dan Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) di sini kelmarin.

Menurutnya, pekan kecil Debak berpotensi dibangunka­n dengan sumber yang ada dan perancanga­n teliti serta berkesan.

“Hasrat diilhamkan memerlukan kerjasama semua pihak terutama komuniti setempat, usahawan dan peniaga serta agensi-agensi kerajaan dan swasta.

“Semua pihak memainkan peranan berkesan selain menunjukka­n kreativiti masing-masing selari dengan peredaran masa dan kemampuan membolehka­n kita mencapai hasrat kerajaan ke arah pelaksanaa­n ekonomi digital,” jelasnya.

Mohammad Razi menggesa komuniti mengambil peluang pembanguna­n diri dan aktif dalam perniagaan dengan mengetenga­hkan sumber yang ada di sekitar dengan sebaikbaik­nya.

“Kita perlu mengambil iktibar dengan kehadiran usahawan dari luar yang sanggup datang ke Debak semata-mata untuk mencari rezeki dan kesempatan merancakka­n perniagaan masing-masing.

“Oleh itu, kita sebagai penduduk tempatan harus merebut peluang yang terhidang terbabit sama dalam mempromosi­kan sumber tempatan yang ada untuk diniagakan,” ujarnya.

Mohammad Razi menam- bah apa yang pasti pihaknya memperheba­t penganjura­n untuk menjadikan program itu berterusan.

“Terima kasih kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dan Persatuan Usahawan Penjaja Debak (PUPD) yang bekerja keras memastikan usaha ini dapat direalisas­ikan,” katanya.

Hadir sama bekas ADUN Bukit Saban Robert Lawson Chuat dan isteri, Pemangku Residen Bahagian Betong Friday Belik, Pegawai Daerah Betong Sofhi Jebal, Pegawai FAMA Betong Kairollizm­an Osman, Ketua Cawangan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sri Aman Thomas Chua serta ketua-ketua jabatan dan masyarakat.

 ??  ?? KERJASAMA: Mohammad Razi bersama tetamu melakukan simbolik pelancaran Pasar Tani Debak dan PJSR di Tebingan Debak, kelmarin.
KERJASAMA: Mohammad Razi bersama tetamu melakukan simbolik pelancaran Pasar Tani Debak dan PJSR di Tebingan Debak, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia