Utusan Borneo (Sarawak)

Polis berusaha memastikan PRU14 lancar Semua pegawai dan anggota mesti menekankan disiplin serta integriti tinggi: Aidil

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata pihaknya akan berusaha memastikan proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) akan datang khususnya dalam kawasan seliaan IPD Padawan berjalan lancar.

Berucap pada sambutan Peringatan Hari Polis Ke211 Peringkat IPD Padawan semalam, Aidil berkata bagi tujuan itu semua pegawai dan anggota mesti menekankan disiplin serta integriti tinggi semasa PRU14 nanti.

“Disiplin dan integriti pegawai serta anggota perlu ditekankan sepanjang berlangsun­gnya PRU14 nanti.

“Ini sangat penting untuk memastikan PRU14 berlangsun­g aman dan terkawal pada masa sama menjaga nama baik jabatan,” tegasnya.

Aidil juga mengingatk­an semua pegawai kanan dan

Disiplin dan integriti pegawai serta anggota perlu ditekankan sepanjang berlangsun­gnya PRU14 nanti. Superinten­den Aidil Bolhassan Ketua Polis Daerah Padawan

pegawai rendah polis termasuk pegawai awam yang berkhidmat di bawah IPD Padawan terus setia serta komited berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

Seramai 280 anggota polis terdiri daripada 40 pegawai kanan polis dan 240 pegawai rendah polis menyertai majlis itu selain disertai 18 pegawai awam IPD Padawan.

Selain perbarisan, turut diadakan sketsa tangkapan kes ragut menggunaka­n T-Baton, persembaha­n Unit Anjing Pengesanan K9, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, pameran gerai jualan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), pameran kenderaan pasukan Unit Ronda Bermotosik­al (URB), Kenderaan Patrol Bergerak (MPV) serta trafik dan upacara simbolik memotong kek Hari Polis.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang yang juga Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) Lo Khere Chiang dan Timbalan KPD Padawan DSP Merbin Lisa.

 ??  ?? TRADISI: Aidil memberi tabik hormat semasa perbarisan sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211 Peringkat IPD Padawan.
TRADISI: Aidil memberi tabik hormat semasa perbarisan sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211 Peringkat IPD Padawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia