Utusan Borneo (Sarawak)

BN10 PGA Sibu rai ulang tahun besar-besaran Ogos ini

-

SIBU: Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (BN10 PGA) Sibu di Kem Lanang akan mengadakan sambutan ulang tahun buat julung kalinya pada Ogos akan datang.

Pegawai Pemerintah BN10 PGA Sibu Superinten­den Sanudin Md Isa berkata, BN10 dan BN15 ditubuhkan pada 15 Ogos 1969.

“Memandangk­an tahun ini merupakan tahun terakhir sebelum kem ini digantikan dengan kem baharu, kita akan mengadakan sambutan ulang tahun pada tarikh keramat iaitu pada 15 Ogos.

“Kita berharap sambutan ini akan diadakan secara besar- besaran bagi memperinga­ti sejarah penubuhan BN10 PGA di Kem Lanang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perbarisan Hari Polis Ke211 2018 Peringkat BN10 PGA Sibu di Kem Lanang, semalam.

Turut hadir Penolong Pegawai Pemerintah BN10 PGA Sibu DSP Frediel Nyambong, Ajutan BN10 PGA Sibu ASP Lawrence Saran, Pengerusi PERKEP BN10 PGA Sibu Rolia Mahed serta yang lain.

Sanudin juga menjelaska­n, sambutan itu akan diadakan atas arahan pucuk pimpinan PDRM terutama Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Kententera­man Awam Bukit Aman yang menyaranka­n semua Batalion PGA menghidupk­an kembali majlis ulang tahun masingmasi­ng.

Dalam pada itu, beliau juga mencadangk­an penubuhan persatuan alumni bagi BN15 dan BN10 dengan segera.

“Bagi mengenang jasa wirawira BN15 dan BN10, saya berharap sebuah persatuan bagi pesara anggota batalion ini dapat ditubuhkan.

“Persatuan ini untuk kita menghargai dan mengenang jasa dan pengorbana­n wirawira sehingga akhir hayat mereka,” tambah beliau.

Sanudin juga berharap persatuan itu dapat menjadi platform dalam usaha mengeratka­n lagi silaturahi­m anggota-anggota yang masih ada mahupun yang menetap di Sarawak atau di tempat lain.

Pada majlis itu, beliau turut membaca perutusan ketua polis negara dan menyampaik­an sijil penghargaa­n atas pencapaian cemerlang serta sumbangan kepada para pegawai, anggota, orang awam, pesara dan pengamal media.

Selain itu, penghargaa­n turut diberikan kepada anak pegawai dan anggota yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n awam.

BN10 pernah dikenali sebagai Batalion Ke-15 Pasukan Polis Hutan dan ditubuhkan pada 15 Ogos 1969.

Sejarah penubuhan BN15 pernah terlakar dengan peristiwa ASP Mohd Johny Mustapha yang terkorban dalam serang hendap komunis semasa beliau yang juga sebagai pegawai memerintah bersama anggota lain melakukan rondaan di Sungai Stabau pada 6 April 1975.

Selain beliau, Konstabel Nuing Saling turut terkorban dalam peristiwa itu.

 ??  ?? SEGAK: Sanudin memeriksa perbarisan BN10 PGA Sibu di Kem Lanang, semalam.
SEGAK: Sanudin memeriksa perbarisan BN10 PGA Sibu di Kem Lanang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia