Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Song mengadakan perhimpuna­n sempena Hari Polis Ke-211

-

SONG: Perhimpuna­n sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 telah diadakan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Song, semalam.

Perhimpuna­n dwitahunan yang penuh dengan tradisi kepolisan ini dihadiri Ketua Polis Daerah Song DSP Azhar Abu Bakar dan semua pegawai kanan, pegawai rendah dan pegawai awam.

Turut memeriahka­n majlis berkenaan adalah jemputan daripada kalangan ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutua­n, para pesara polis, ketua masyarakat dan Kadet Polis Sekolah.

Dalam ucapan sempena perhimpuna­n itu, Azhar membacakan perutusan khas teks ucapan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Dalam ucapannya, Mohamad Fuzi menyeru semua warga IPD Song mengingati kembali sejarah pejuangan PDRM dalam mempertaha­nkan kedaulatan negara.

Aspek Kepolisan Masyarakat iaitu ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ dan Pembanguna­n Modal Insan PDRM juga menjadi agenda dalam penugasan hakiki PDRM.

Pada perhimpuna­n tersebut, Azhar turut menyampaik­an surat penghargaa­n kepada pegawai kanan, pegawai rendah dan pegawai awam yang telah menunjukka­n pencapaian cemerlang dalam menjalanka­n tugas.

Majlis diakhiri dengan perasmian dan pelancaran Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) Polis Daerah Song.

Pelancaran itu sendiri menempa sejarah apabila URB dilancarka­n dengan rasminya oleh Azhar.

Polis Daerah Song menerima dua motosikal baharu Kawasaki Z250 untuk kegunaan URB.

Fungsi dan peranan utama unit ini adalah untuk menjalanka­n rondaan cegah jenayah dalam memastikan daerah Song terus aman dan sejahtera.

 ??  ?? BERAMAH MESRA: Azhar (kanan) bersalaman dengan hadirin.
BERAMAH MESRA: Azhar (kanan) bersalaman dengan hadirin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia