Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks jenayah menurun 167 kes bersamaan 14.6 peratus berbanding tahun sebelumnya

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Polis Miri berjaya menyelesai­kan sebanyak 449 kes bersamaan 45.9 peratus pada 2017 berbanding hanya 440 kes bersamaan 38.4 peratus pada 2016.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata indeks jenayah di daerah Miri bagi 2017 juga menunjukka­n penurunan sebanyak 167 kes bersamaan 14.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurutnya, hanya 978 kes dicatatkan pada tahun lalu bagi daerah ini berbanding 2016 yang mencatatka­n sebanyak 1,145 kes.

“Bagi jenayah narkotik, polis Miri berjaya merampas pelbagai jenis dadah dianggarka­n bernilai RM2.36 juta pada 2017.

“Nilai rampasan ini meningkat secara mendadak kepada 732 peratus berbanding rampasan bernilai RM283,000 pada 2016,” katanya pada Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-211 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri semalam.

Tambahnya, jenayah komersiql turut menunjukka­n penurunan sebanyak 18.7 peratus bagi 2017 berbanding 2016 dan penyumbang utama ialah kes tipu dan pecah amanah.

“Langkah-langkah pencegahan jenayah turut dilak-

Bagi jenayah narkotik, polis Miri berjaya merampas pelbagai jenis dadah dianggarka­n bernilai RM2.36 juta pada 2017. ACP Lim Meng Seah Ketua Polis Daerah Miri

sanakan polis melalui pelbagai bentuk program bertujuan mendekati masyarakat untuk mendapatka­n keterlibat­an dan kerjasama.

“Program-program pencegahan jenayah anjuran polis Miri mendapat sambutan yang baik daripada kalangan masyarakat di sini,” katanya.

Beliau turut menyeru seluruh warga polis Miri khususnya ketua-ketua balai polis di sini sentiasa turun padang dan mendekati masyarakat agar dapat mengeratka­n silaturahi­m, memahami kehendak dan hasrat masyarakat supaya perkhidmat­an diberi sentiasa tepat.

Di samping itu, Lim mengingatk­an kepada pasukan polis bersedia mendepani cabarancab­aran baharu kesan daripada kepesatan perkembang­an teknologi.

“Cabaran-cabaran ini menuntut pasukan polis merubah corak pengurusan dan pengoperas­ian supaya dapat menyesuaik­an peranan teras kepada situasi yang sentiasa bergerak maju.

“Ini termasuk menggunaka­n segala sumber yang ada secara strategik memastikan satu perkhidmat­an profe- sional dan berkualiti dapat diberikan kepada masyarakat di samping memastikan keselamata­n, kesejahter­aan dan keamanan sentiasa terpelihar­a,” katanya.

Dalam pada itu, seramai enam anggota menerima pemakaian pangkat daripada sarjan kepada sarjan mejar (SM) dan daripada koperal ke sarjan.

Mereka dinaikkan pangkat ialah SM Eddy Riang, SM Shahri Bin, Sarjan John Adam, Sarjan Sandy Ating, Sarjan Ranyis Sengka dan Sarjan Bunsu Adong.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri DSP Lee Swee Sake dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Lee Giak Fung.

 ??  ?? SIMBOLIK: Zulkipli (tengah) sedia memotong kek simbolik perasmian Hari Polis Ke-211 Peringkat IPD Bintulu sambil disaksikan Majang (kiri), Jack (kanan) serta tetamu lain.
SIMBOLIK: Zulkipli (tengah) sedia memotong kek simbolik perasmian Hari Polis Ke-211 Peringkat IPD Bintulu sambil disaksikan Majang (kiri), Jack (kanan) serta tetamu lain.
 ??  ?? PEMERIKSAA­N: Lim melakukan pemeriksaa­n perbarisan ke atas 40 anggota kawalan hormat.
PEMERIKSAA­N: Lim melakukan pemeriksaa­n perbarisan ke atas 40 anggota kawalan hormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia